14 jam tenggelam cari ikan di lombong, lelaki orang asli lemas

14 jam tenggelam cari ikan di lombong, lelaki orang asli lemas

Seorang lelaki Orang Asli ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika menjaring ikan di sebuah lombong tinggal di Solok Menggong, dekat Machap Umboo, di sini, petang semalam.

Mangsa, Jerrey Juli, 34, ditemukan di dasar lombong berkenaan jam 9 pagi tadi oleh pasukan penyelamat di air (PDPA) kira-kira 14 jam selepas dilaporkan hilang.

Mangsa disedari hilang kira-kira jam 5 petang oleh adik iparnya ketika menyelam selepas siap memasang jaring di lombong berkenaan.

Mangsa dikatakan ke lombong tinggal itu bersama lima ahli keluarga termasuk dua anaknya berusia enam dan 10 tahun kerana ia lokasi biasa untuk mencari ikan air tawar.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu termasuk penemuan mayat mangsa jam 9.15 pagi tadi.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya.

BACA JUGA:

Jika pilihan raya negeri tidak diadakan serentak, akan telan kos lebih RM420 juta

Covid-19 dan kenaikan harga barang punca utama 176, 426 usahawan gulung tikar

Masjid dan surau perlu bebas dari unsur politik, titah Sultan Selangor

+ posts