2 banduan wanita hamil gara-gara banduan transgender ini. Kecoh di media sosial 2 banduan wanita hamil gara-gara banduan transgender. Akibat dari perkara tersebut mendorong pegawai penjara memindahkan suspek ke penjara lain pada Jun lalu.
Semasa menjalani hukuman di penjara wanita New Jersey yang mempunyai 800 banduan, Minor dilaporkan telah menghamilkan dua rakan banduannya.
Susulan daripada itu, dia dipindahkan ke penjara lelaki. Menerusi blog di laman web Justice 4 Demi, Minor mendakwa dikeluarkan secara paksa dari penjara wanita dan dipukul ketika proses pemindahan dari Edna Mahan Correctional Facility for Women ke Garden State Youth Correctional Facility (GYSC).
Bukan itu sahaja, suspek juga ditempatkan dalam pengawasan selepas percubaannya menggantung diri di dalam van ketika dalam perjalanan pemindahkan ke penjara GYC.
Oleh hal demikian, Minor meminta agar pegawai bertanggungjawab memindahkannya semula ke penjara wanita.
Pada 2021, New Jersey menggubal dasar membenarkan banduan ditempatkan mengikut identiti jantina pilihan mereka.
Suspek, Demi Minor yang berusia 27 tahun merupakan seorang wanita transgender dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun atas pertuduhan merompak dan membunuh.
BACA:
Halau kutu beras, ini 6 cara mudah yang sangat berkesan
Gadis kongsi pengalaman jadi ketua keluarga buat ramai sebak
Polis tahan seorang lagi individu hina Islam, kali ini di Terengganu