2 mangsa disahkan maut, 3 selamat

2 mangsa disahkan maut, 3 selamat

Dua wanita maut, makala tiga lagi termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan itu dihempap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.

“Dua wanita maut, dua lagi wanita terselamat dan seorang pemandu van iaitu lelaki turut terselamat,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Sumber : https://malaysiaharmoni.net/2-mangsa-disahkan-maut-3-selamat-dalam-runtuhan-struktur-tapak-pembinaan-lebuh-raya-sungai-besi-hulu-kelang-polis/

COMMENTS