3 Adun fail permohonan mahkamah, semak isytihar darurat gantung kuasa Dun

3 Adun fail permohonan mahkamah, semak isytihar darurat gantung kuasa Dun

Kami telah memfailkan satu permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini berkaitan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Mahyuddin Yassin untuk suatu deklarasi darurat oleh KDYMM SPB Yang Di Pertuan Agong yang seterusnya menggantung persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi kesemua negeri.

2. Permohonan ini adalah bagi membolehkan Klausa 11, 14 & 15 Ordinan Darurat yang dikatakan tidak berperlembagaan disemak oleh Mahkamah.
3. Permohonan ini juga adalah bagi membolehkan kuasa-kuasa oleh Perdana Menteri dan Kabinet serta Menteri Besar/Ketua Menteri dan Exco Negeri yang dikatakan tidak dapat dipertanggungjawabkan kepada Parlimen/DUN disemak oleh Mahkamah.
4. Permohonan ini dibuat melalui Chooi & Company + Cheang & Ariff (CCA LAW). Turut menjadi sebahagian daripada pasukan guaman adalah Dato Gurdial Singh Nijar dan Tuan Razlan Hadri.
26 JANUARI 2021
YB DATUK SERI SALAHUDDIN AYUB
Ahli Parlimen Pulai,
ADUN Simpang Jeram
YB DATO’ JOHARI ABDUL
Ahli Parlimen Sungai Petani,
ADUN Gurun

YB ABDUL AZIZ BARI

ADUN Tebing Tinggi

Sumber:https://malaysiadateline.com/3-adun-fail-permohonan-mahkamah-semak-isytihar-darurat-gantung-kuasa-dun/

COMMENTS