3 negeri ini diiktiraf bandar paling bahagia di Malaysia

3 negeri ini diiktiraf bandar paling bahagia di Malaysia lembaga hasil dalam negeri borang rentas negeri rentas negeri waktu solat negeri sembilan negeri sembilan lembaga hasil dalam negeri malaysia borang rentas negeri pkp lhdn lembaga hasil dalam negeri bendera negeri malaysia contoh surat kebenaran rentas negeri

3 negeri ini diiktiraf bandar paling bahagia di Malaysia.Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka secara rasminya diiktiraf sebagai bandar paling bahagia di Malaysia untuk tahun 2021, lapor Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia).

Menurut PLANMalaysia, ketiga-tiga negeri berkenaan mencatatkan skor penuh ‘Bahagia’ dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 iaitu masing-masing melebihi 80 peratus.

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi ketiga-tiga negeri tersebut merekodkan skor Bahagia penuh bagi kesemua kawasan yang dinilaikan, iaitu Perlis (satu), Negeri Sembilan (tujuh) dan Melaka (empat).

“Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua PBT yang terlibat dan terima kasih kepada masyarakat setempat yang telah merasa bahagia dengan bandar anda.

“Semoga kita semua dapat mengekalkan rasa bahagia, sentiasa tenang, berhemah dan terus saling membantu demi Malaysia tercinta,” kata PLANMalaysia dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan itu juga, PLANMalaysia menyeru penduduk setempat untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam soal selidik Kajian Indeks Kebahagiaan bagi tahun ini.

Apakah kriteria indeks kebahagian di Malaysia?


Jadi, bagaimanakah Indeks Kebahagian ini dinilai dan apakah kriteria atau kompenen yang diambil kira untuk menilai seterusnya mengiktiraf tahap kebahagian bandar tersebut?

Menerusi perkongsian dari PLANMalaysia, mereka jelaskan indeks dan kriteria yang perlu ada bagi sesetengah tempat untuk diiktiraf sebagai Bandar Bahagia.

Menurut PLANMalaysia, borang soal selidik akan disediakan secara atas talian oleh ahli majlis PBT mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

Antara soalan utama yang diambil kira adalah tahap tekanan atau stress kehidupan yang dialami oleh seseorang individu, serta kadar kepuasan hati dengan kesihatan masing-masing.

Selain itu, kebahagiaan ketika bersama keluarga serta saudara-mara juga diambil kira untuk mengukur Indeks Kebahagiaan. Tidak lupa juga tahap keseronokan ketika berada di tempat bekerja, sama ada di pejabat mahupun lapangan.

Selain itu, Indeks Kebahagiaan juga akan menilai cara seseorang individu itu menguruskan kewangan, selain bagaimana hubungan sosial mereka bersama jiran tetangga.

Di samping itu juga, tahap keseronokan ketika melakukan aktiviti bersama komuniti juga adalah termasuk dalam senarai Indeks Kebahagiaan yang perlu diukur.

Seterusnya, tahap keselesaan serta perasaan selamat tinggal di kediaman masing-masing juga turut akan dinilai PBT dalam indeks tersebut.

Kesemua 14 soalan dalam soal selidik kajian tersebut boleh dirujuk dalam infografik PLANMalaysia yang disertakan di bawah ini.

TONTON:

BACA:

Peminat ramal model terbaru Geely ini bakal ganti Proton Preve

Rakyat tidak wajib lagi pakai pelitup muka bermula 29 Mac

Kantoi pengasuh dera kanak-kanak jagaannya, siap tinggal kesan lagi

COMMENTS

Wordpress (0)