300 sekatan jalan raya seluruh negara

300 sekatan jalan raya seluruh negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan lebih 300 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara bermula tengah malam ini selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, lokasi SJR akan memberi keutamaan pada laluan keluar plaza tol serta jalan-jalan persekutuan yang menghubungkan dua negeri.

“Ketika ini pihak polis negeri atau kontinjen sedang mengatur jumlah SJR yang akan didirikan di kawasan mereka dan setakat ini jumlah yang saya perolehi adalah kira-kira 300 SJR dan ia tidak termasuk 56 SJR tetap sedia ada di bawah Ops Benteng.

“Bagi kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pula lokasi SJR akan ditentukan oleh Ketua Polis Daerah di setiap daerah yang terlibat,” katanya pada satu sidang akhbar khas di Bukit Aman hari ini.

Difahamkan, jumlah SJR yang akan didirikan oleh PDRM akan bertambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/01/12/300-sekatan-jalan-raya-seluruh-negara/

COMMENTS