33 mangsa banjir Yan positif Covid-19

33 mangsa banjir Yan positif Covid-19

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengenal pasti dan menguruskan 33 mangsa banjir di daerah Yan yang positif Covid-19 kategori satu dan dua, yang menjalani kuarantin di rumah.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata, daripada jumlah itu tiga orang dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani manakala 14 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Sungai Petani.

“Lapan mangsa yang positif kekal di rumah dan berada dalam keadaan stabil manakala empat orang akan tamat tempoh kuarantin esok.

BACA JUGA : Aktivis dedah punca bencana banjir di Gunung Jerai

“Empat mangsa pula menolak kemasukan ke PKRC, dan akan mendapatkan rawatan di rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beberapa kawasan di daerah Yan terjejas akibat banjir yang berlaku disebabkan fenomena kepala air dalam kejadian petang semalam, yang setakat ini mengorbankan empat nyawa sementara dua masih hilang.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/20/33-mangsa-bencana-di-yan-positif-covid-19-dikenal-pasti/

COMMENTS