4 Adun Melaka mahu menghadap Agong

4 Adun Melaka mahu menghadap Agong

Sekumpulan Adun Melaka merancang untuk pergi ke Istana Negara esok untuk mengadu keputusan Yang di-Pertua Negeri (YDP) membubarkan dewan undangan negeri Melaka.

Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee memberitahu Malaysiakini bahawa 15 daripada mereka, termasuk 11 daripada Pakatan Harapan, telah bersetuju untuk menyampaikan aduan mereka kepada Agong selepas permintaan mereka bertemu YDP Ali Rustam tidak dilayan.

“Sementara menanti keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sama ada untuk melaksanakan pilihan raya negeri (PRN) atau darurat, Idris Haron (Umno-Sungai Udang) dah cadang kami semua 15 menghadap Agong mengenai krisis ini.

BACA JUGA : Abang kepada Perdana Menteri akan lancarkan parti baru iaitu Parti Kuasa Rakyat

“Pada keesokan hari kami akan naik bas ke Istana Negara. cadangan ni dah dipersetujui semua pihak dan esok kami akan bertolak ke istana,” katanya dalam rakaman audio kepada Malaysiakini.

Seorang wakil DAP negeri ketika dihubungi mengesahkan bahawa ada rancangan seperti itu, tetapi ketika ditanya apakah semua dari PH akan turut serta, dia sekadar berkata “mungkin”.

Norhizam, yang merupakan Adun Bebas, adalah sebahagian daripada empat Adun negeri yang menarik sokongan mereka kepada kerajaan negeri BN-PN.

BACA JUGA : Rosmah menangis ketika perbicaraan mahkamah, dakwa dianiaya

Tindakan itu memicu pembubaran dewan undangan negeri Melaka dan secara automatik membuka jalan untuk PRN.

Tiga yang lain ialah Nor Azman Hassan (Umno-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Idris.

Susulan itu, Ketua Menteri Sulaiman Md Ali, yang juga dari Umno, kehilangan majoriti.

BACA JUGA : Pas mesyuarat tergempar malam ini bincang isu calon PRN Melaka

Sebelas Adun PH turut bersama dengan keempat-empat Adun berkenaan mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan pertemuan dengan Ali untuk membincangkan usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan kelangsungan pentadbiran negeri.

Namun, menurut Norhizam, pejabat YDP belum memberikan respons kepada mereka.

Ali, yang juga bekas ketua menteri Melaka dan ahli Umno, dilaporkan berada di bawah kuarantin kendiri setelah mempunyai kontak rapat dengan individu positif Covid-19.

“Kami berempat sebulat suara dengan rendah diri menyatakan ketidakberpuasan hati dan kesal dengan pengmuman ini (pembubaran DUN) kerana tak ada pertemuan yang dibuat antara pihak kami dan 11 lagi (Adun PH) bersama YDP tentang isu kehilangan majoriti oleh ketua menteri,” kata Norhizam, yang mencadangkan bahawa mesyuarat dalam talian masih boleh dilakukan meski Ali menjalani kuarantin.

“Hingga kini pihak kami masih belum terima apa-apa maklum balas dari pejabat YDP atau Istana Melaka.

“Kami dapati wjudnya dwistandard di antara pihak kami dengan pihak kerajaann negeri.

“Kami dukacita kerana 15 wakil rakyat yang dah bentuk majoriti secara ‘fizikal’ dan undang-undang tetapi kami dah jadi mangsa dwistandard mereka,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/594383

COMMENTS