Polis Johor menumpaskan sindiket penipuan dan pemalsuan dokumen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta surat pengesahan majikan untuk merentas negeri dalam serbuan berasingan sekitar daerah ini pada 5 Ogos lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Johor dibantu JSJK Bukit Aman antara 8.30 hingga 10 malam itu turut menahan empat individu berusia 16 hingga 20 tahun.
Jelasnya, suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita itu menerima upah antara RM50 hingga RM100 bagi setiap dokumen palsu yang berjaya dijual.
BACA JUGA : Kerana burung, lelaki ini ditetak
“Polis turut merampas sejumlah telefon bimbit dan kad bank. Sindiket ini mengambil kesempatan atas keghairahan masyarakat yang ingin merentas negeri dengan menjual dokumen itu pada harga RM150.
“Kegiatan sindiket ini terbongkar selepas aktiviti pengiklanan yang dibuat menggunakan platform Facebook, Instagram serta aplikasi WeChat,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Isnin.
Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157204/BERITA/Semasa/Empat-ditahan-jual-surat-MITI-majikan-palsu