41 guru tolak vaksin di Melaka

41 guru tolak vaksin di Melaka

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mengenal pasti 41 daripada 13,800 guru di negeri ini yang enggan menerima vaksin Covid-19.

Exco Pendidikan Modal Insan, Sains dan Inovasi Melaka, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, pihaknya akan membantu memberikan penerangan bagi meyakinkan 0.2 peratus guru yang enggan divaksin.

Noor Effandi memberitahu, tidak mahu terus melabelkan golongan itu sebagai anti vaksin dan yakin mereka akan berubah fikiran untuk anak didik sekali gus memastikan sesi pengajaran dapat berjalan lancar apabila sekolah dibuka.

BACA JUGA : Bekas ADUN Melor meninggal dunia

“Mungkin mereka tidak faham atau belum terbuka hati lagi. Insya-ALLAH saya yakin mereka terima jika diberi penerangan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2020 yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali di pejabatnya di Seri Negeri Ayer Keroh pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan negeri, Dr Mohd Azam Ahmad dan Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem), Datuk Mustafa Musa.

BACA JUGA : Selalu urus jenazah Covid-19, hari ini urus jenazah ibu sendiri

Jelas beliau, setakat ini, seramai 94 peratus guru di Melaka telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan kira-kira 479 sedang menunggu giliran dan janji temu untuk menerima vaksin.

Ujarnya, guru di negeri ini harus memainkan peranan dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kerana sekolah dijangka dibuka secara berperingkat bermula Oktober depan.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/157806/EDISI/41-guru-di-Melaka-tolak-vaksin

COMMENTS