50 penyokong Muhyiddin berkumpul depan pejabat SPRM

50 penyokong Muhyiddin berkumpul depan pejabat SPRM.

Kira-kira 50 penyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis.

Rata-rata penyokong memakai baju putih memaparkan gambar Muhyiddin.

Bekas Perdana Menteri itu dijangka tiba ke ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 11 pagi.

Setakat jam 10 pagi, antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beberapa anggota polis juga telah ditempatkan di luar pintu masuk utama bangunan SPRM termasuklah bagi kawalan trafik.

Difahamkan, kehadiran Muhyiddin ke SPRM adalah berkenaan siasatan membabitkan dana parti Bersatu.

BACA JUGA:

Kertas siasatan dibuka berhubung bekas Ketua Polis Negara bersama isterinya

Tiga beradik maut dalam kemalangan, babitkan tiga kenderaan di Lahad Datu

Umum kadar zakat fitrah, Sabah antara negeri terawal

+ posts