8 kali dapat anugerah dekan, akhirnya lelaki ini dapat anugerah Diraja

8 kali dapat anugerah dekan, akhirnya lelaki ini dapat anugerah Diraja. Kejayaan yang diperoleh William Mah Wey Lian menjadi lambang kesungguhan yang jitu oleh seorang pelajar yang mahu mengecap kejayaan di dalam pendidikannya. Baru-baru ini dalam majlis kovokesyen kali ke-15 Universiti Malaysia Pahang (UMP), William telah dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dek kehebatannya.

Jejaka berusia 24 tahun ini merupakan graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia berjaya mengekalkan status penerima Anugerah Dekan selama lapan semester berturut-turut sepanjang pengajian dan dia mengumpul gred purata keseluruhan 3.95 sekaligus bergelar graduan kelas pertama.

Selain seorang yang cemerlang dalam akademik, dia juga merupakan seorang mahasiswa yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum. William pernah memegang jawatan sebagai Naib Setiausaha Kelab Orator dan bergiat aktif dalam kelab fakulti dan Karnival Kerjaya serta sukan badminton.

8 kali dapat anugerah dekan, akhirnya lelaki ini dapat anugerah Diraja

Jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini berpendapat sebagai mahasiswa, setiap remaja harus menghargai setiap saat di universiti kerana pengalaman sebagai pelajar merupakan kenangan yang terindah dalam kehidupan.

Cemerlang 8 Kali Anugerah Dekan, William Dinobatkan Sebagai Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMP

Selain itu kecemerlangannya bukan sekadar di dalam universiti sahaja, sebaliknya menebar ke luar. William berjaya berjaya menerbitkan Projek Tahun Akhir di penerbitan Taylor & Francis Group dalam kajian berkaitan Chemical Engineering Communications, memenangi pingat perak dalam Pertandingan Kimia Invensi dan Inovasi Malaysia, KI2M, hadiah sagu hati dalam Pertandingan IEM Plant Design Ke-10 2021/2022 dan menerima anugerah Akademik Persatuan Mah Clan.

“Mengimbau kembali kepada kehidupan di universiti selama 4 tahun ini, ia adalah satu perjalanan yang ada turun dan naik di mana saya mengalami beberapa pengalaman kali pertama yang keluar dari zon selesa dan akhirnya semua kerja keras telah membuahkan hasil.

“Ini merupakan sau pengormatan dan juga perasaan yang bagaikan saya tidak percaya apabila menjadi salah seorang penerima dari UMP untuk anugerah terhebat ini – Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) dan dipilih sebagai valedictorian,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebooknya.

Cemerlang 8 Kali Anugerah Dekan, William Dinobatkan Sebagai Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMP

Kini, beliau bertugas sebagai Eksekutif Junior Protégé-GEES di Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Sebelum itu dia memulakan kerjaya sebagai pembantu farmasi di [email protected] Pharmacy dan menjalani latihan industri di Top Glove Sdn. Bhd.

Mengimbau kembali ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, William memperoleah keputusan 9A 1B manakala di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pula dia memperoleh keputusan gred purata keseluruhan sebanyak 3.00.

BACA JUGA:

Asyik warnakan rambut hingga kulit kepala terkopek, Aeril Zafrel serik

Semua sami kena angkut sebab positif dadah, tokong sunyi

Eksport terbesar Oktober 2022 disumbang oleh Pulau Pinang

+ posts