‘Tiap kali tidur, diam-diam aku selit gunting atau pisau dalam bantal. Jari aku patah & lebam serata badan’

Perkahwinan Persinggahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih sekiranya cerita saya disiarkan. Sekadar pengalaman dan luahan hati.

Perkenal kan diri saya, Hannah, bekerja dalam bidang profesional, asal pantai timur.

Tahun 2020, saya pernah berkahwin. Namun mahligai kami gagal dipertahankan selepas 7 bulan berkahwin. Maaf jika penulisan ini panjang dan berserabut tapi saya cuba ringkaskan ya.

'Tiap kali tidur, diam-diam aku selit gunting atau pisau dalam bantal. Jari aku patah & lebam serata badan'

Mac 2020 saya selamat diijabkabul dengan seorang jejaka yang bernama L berasal dari Negeri Sembilan, juga bekerja bidang profesional.

Kami sama sama bekerja dalam industri penerbangan cuma dia di syarikat pengendali lapangan kapal terbang (KLIA airport), manakala saya pula bekerja di syarikat penerbangan terkemuka.

Memandangkan musim PKP, saya dan L cuma work from home dan menetap rumah mertua di Port Dickson.

Perkahwinan kami indah pada dua bulan pertama sehinggalah Allah takdirkan pada 1 Jun 2020, saya terjumpa beberapa chat lvcah dari skandal L bernama Nisa, bini orang yang bekerja sebagai nurse di Hospital xxxxx, Terengganu.

Ketika ingin menutupi laptop L, secara tidak sengaja saya terbuka Whatsapp Web. Demi Allah, sebak, geram sakit hati marah sedih segalanya bercampur baur.

Menggigil tangan kaki saya baca conversation mereka. Hancur hati seorang isteri.. Allah gerakkan hati saya untuk menutup laptop dia, sedangkan selama ini saya tidak pernah berniat nak check pun gadget suami.

Saya menangis dan memanggil L naik ke atas. Kami berdepan, saya meminta kesahihan serta penjelasan dari dia. L dengan angkuhnya mengakui segalanya, memarahi aku, “kau tak hormat privasi suami”.

Kami bertikam lidah dalam bilik. Saya tidak puas hati dan tanya apa kekurangan diri saya sehinggakan dia sanggup bermesej lvcah dengan bini orang.

Malah, L mengajar Nisa untuk praktikkan ape yang saya lakukan ketika kami ‘bersama’. Saya sangat kecewa kerana L kelihatan langsung tidak bersalah malah memukul saya beberapa kali, menendang, menolak ke dinding dan katil.

Jari saya patah, lebam kebiruan di serata badan. Allah saja mengetahui betapa kejamnya perbuatan dia terhadap saya. L hanya berhenti memukul selepas saya ambil pisau di dapur untuk mempertahankan diri.

Saya ada juga buat report di balai polis namun ibu mertua pada ketika itu merayu supaya saya tidak ambil sebarang tindakan undang undang kerana memikirkan anak nya bakal kehilangan pekerjaan selamanya.

Disebabkan saya yang bdoh dan termakan pujuk rayu pihak mereka, maka saya tarik balik report dengan harapan bahawa L akan berubah.

Saya blocked semua nombor dan media social bini orang tu dan meminta password phone L. Saya sering check phone L sebab sudah hilang kepercayaan terhadap dia.

Buat pengetahuan semua, sepanjang kami berkahwin, saya basuhkan baju kami suami isteri. Setiap kali selepas subuh saya bawa turun baju baju dari tingkat atas ke bawah, kemas ruang tamu tingkat atas, buang segala perabot dan pakaian lama yang tidak digunakan,

Teman dan bantu ibu mertua di dapur untuk masak tengahari dan malam, cuci toilet, memastikan bilik tidur sentiasa wangi, kemas kebun di belakang rumah, cabut rumput, alih pasu bunga, membersihkan rumah kampung peninggalan aruwah nenek dia di daerah lain.

Saya juga beramah mesra dengan ahli keluarga besar belah suami ketika kenduri, main dengan cousin, tolong makeup kan aunties, buat kuih atau tolong kacau kacau masakan di dapur dan beberapa kerja rumah kampung lain aktiviti bersama saudara mara L.

Di rumah Port Dickson pula adakala bila L sedang meeting di dalam bilik, saya akan bawakan makanan dan minuman ke bilik atas, bimbang dia lapar.

Bila L ada kerja di office pula, saya akan sediakan minuman panas untuk nya sebelum pergi kerja.

Pada masa yang sama, saya masih buat kerja hakiki, attend zoom meeting, department meeting dan task yang ditugaskan oleh boss.

Kemuncak kemarahan saya ialah, ibu mertua sering mengatakan pada saya “orang Kelantan ni typical suka nak melawa, pakai barang kemas banyak banyak” selepas ibu melihat saya memakai gelang emas hasil dari duit hantaran.

Ibu juga sering membandingkan saya dan menceritakan perihal menantu perempuan sulung nya yang bekerja government sentiasa ada masa di rumah, kerja tetap dan gaji tak terkesan biarpun waktu PKP.

Kebetulan pada bulan May-Jun, saya diarahkan oleh company untuk mengambil compulsory unpaid leave.

Saya pelik kenapa suami nak menceritakan hal pekerjaan saya dengan ibu bapa mertua sepatutnya hanya simpan perkara tu antara kami berdua. Saya masih berjimat cermat tak meminta apa apa dari suami.

Tidak cerewet, makan apa saja yang dihidangkan dan disediakan oleh keluarga dia. Malah, L meminta duit RM1,000 daripada gaji saya setiap bulan untuk disimpan dalam bank dia.

Saya ikut saja permintaan L. Jujurnya, gaji saya dan L lebih kurang saja. Cuma saya ada penambahan beberapa elaun lain setiap kali outstation ke luar negeri atau luar negara.

Maka pada Julai 2020, kami berpindah ke rumah di Putrajaya, itu pun setelah saya mendesak L untuk keluar dari rumah mertua.

Bulan bulan seterusnya, masalah sama berulang. L tetap bermesej lvcah dan simpan gambar lvcah skandal yang lain pula. Ada album besertakan nama setiap skandal lagi.

Berlainan perempuan dan mereka semua tahu bahwa L telah berkahwin. Ada di antara mereka yang dating jumpa di airport, kedai makan dan sebagainya.

L masih dengan sikap baran, memukul dan menendang saya tanpa belas kasihan walau kesilapan saya kecil, seperti kunci pintu bilik.

Saya amat trauma dengan sifat baran L sebab tu tiap kali tidur kunci pintu dan letak gunting atau pisau kecil di bantal sebagai langkah persediaan pertahankan diri.

Namun dalam hati masih berharap dan berdoa L berubah dan menjadi lelaki yang baik meninggalkan skandal skandal dia.

Banyak lagi kejadian di rumah Putrajaya hingga pegawai polis datang buat rondaan di kawasan rumah kami setiap malam selepas saya buat aduan di balai.

Terima kasih Sarjan Azrul dan team kerana percaya dengan cerita dan kes saya.

L pernah melafazkan cerrai di rumah. Namun apabila saya ingin buat pengesahan lafaz cerrai di mahkamah, dia tidak mahu bekerjasama.

Malah ketika dalam perjalanan bersama sama menuju ke mahkamah, L menumbuk bibir saya sehingga pecah dan berdrah. Saya rasa amat pedih dan sakit. Kali ni saya membalas sekuat hati.

Menumbuk dia kembali beberapa kali. Lalu mengugut ingin ke balai polis untuk report, L rasa takut dan memujuk saya untuk pergi ke mahkamah syariah saja.

Namun di hadapan pintu mahkamah, L memanipulasikan saya dengan ayat sedih “tolong la fikir pasal family kita, abang taknak camni”.

Dan akhirnya kami rujuk semula. Sedangkan L tak berubah dari perangai buaya dia, tidak solat, main phone setiap masa bawa hingga ke toilet, tidak bantu kerja kerja rumah dan kaki pkul.

Beberapa kali juga saya contact Pejabat Agama Wilayah untuk selesaikan kes kami.

Saya pujuk L untuk pergi kaunseling tapi dia sentiasa beri alasan sibuk. Dan disebabkan musim PKP juga lah, sesi kaunseling secara bersemuka tidak dapat dijalankan oleh pihak Pejabat Agama.

Saya berikhtiar untuk selamatkan rumahtangga dengan merujuk ustazah ustazah dan beberapa pegawai agama secara dalam talian.

Tidak lupa, Kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendengar permasalahan saya. Dalam masa sama, berdoa pada Allah supaya Allah lembutkan hati L.

Pernah juga saya mengajak L untuk solat jemaah, baca Al-Quran bersama namun dia sentiasa leka bermain phone. Hanya saya yang melalukan kerja rumah termasuk cuci pinggan, masak, basuh baju, buang sampah dan lain lain.

Oct 2020, sekali lagi L melafazkan cerrai di rumah. Kali ni keadaan sangat tegang hingga melibatkan campur tangan keluarga besar saya.

Ada suatu kejadian L menghalau saya keluar dari rumah, maka saya tinggal sementara di sebuah bilik condo berdekatan office saya di Petaling Jaya.

Keluarga saya (pakcik dan makcik) meminta L membayar sewa bilik condo tersebut. L tidak pernah contact ibu bapa saya sepanjang krisis ini.

Saya juga tidak pasti kenapa dia tidak mahu bercakap dengan mama saya walaupun beberapa kali mama call, L tiada hormat sebagai seorang menantu.

Sepanjang kami berjauhan itu, L lagi rancak bertemu dan dating dengan wanita berlainan.

Bukti dikukuhkan lagi, ketika saya diarahkan datang bertugas di airport, beberapa staff saya mengadu dan menunjukkan profile Dating Apps Omi yang L daftar, gambar gambar dating dia dengan skandal wanita.

Seolah olah dia lelaki bujang. Saya berasa amat malu dengan staff. L marosakkan maruah air muka saya di tempat saya mencari rezeki.

Nov 2020, company buat keputusan untuk mass retrenchment/pembuangan pekerja secara besar besaran kerana business penerbangan udara amat amat terkesan disebabkan pandemik. Saya salah seorang diantara kehilangan pekerjaan.

Tekanan yang dialami buat saya hampir ingin mengakhiri nyawa saya sendiri. Allah saja mengetahui. Saya pulihkan diri dengan mendengar ceramah motivasi pagi Prof Muhaya selepas Subuh. Solat taubat tidak henti henti.

Dari situ muncul sinar, harapan baru dalam hidup.

Jadi, selepas retrenched, saya berusaha apply kerja lain, tidak lupa juga mengikuti beberapa kursus berbayar sebagai extra certification.

Pada waktu ni saya tinggal di Putrajaya, tidur berasingan bilik dengan L.

Setelah solat hajat, solat istikharah minta petunjuk jalan keluar bagi masalah rumahtangga, Allah bagi saya kekuatan untuk selesaikan kes di mahkamah.

Saya bersendirian pergi mahkamah dan buka fail saman ke atas L supaya dia bekerjasama.

Januari 2021 Alhamdulillah prosiding mahkamah berjalan lancar, sah lafaz cerrai. Suatu kelegaan yang tak dapat saya gambar kan.

Di luar mahkamah, sempat juga L memujuk supaya saya tidak membuat sebarang tuntutan nafkah tertunggak.

Dia siap menunjukkan baki dalam akaun bank nya cuma tinggal RM200 saja untuk makan minum serta lain lain. Dalam hati saya berkata “siapa suruh kau pasang banyak skandal”.

L juga memarahi saya kerana remove segala gambar kahwin, gambar gambar dia dari semua media social saya,, katanya “Jangan buat camni. Nanti orang tahu la kita bercerrai”..

itu kali terakhir saya berurusan dengan L, dia tidak pulang ke rumah sehinggalah saya tamat iddah.

Saya berharap takkan berjumpa lagi L hingga akhir hayat sebab saya tidak akan memaafkan segala perbuatan dia menyakiti tubuh badan, penghinaan ibu bapa dia terhadap saya, serta pengkhianatan terhadap cinta dan amanah Allah.

Saya juga tidak redha dan tidak menghalalkan segala tenaga saya bantu kerja di rumah sepanjang kami berkahwin.

Alhamdulillah tahun 2022 ini penuh dengan keberkatan, hikmah, Allah hadirkan sahabat sahabat yang baik, keluarga yang support, berpindah ke rumah yang lebih selesa, serta banyak lagi perkara indah lain.

Saya juga kembali berkhidmat dalam syarikat penerbangan baharu dengan jawatan stabil dan gaji yang jauh lebih tinggi. Bismillahi MashaaAllah Alhamdulillah.

Sejak tahun lepas hingga sekarang ada beberapa lelaki confess, mengatakan hasrat ingin memperisterikan saya. Ada suami orang, ada juga lelaki bujang. Mereka semua mempunyai kerjaya hebat hebat dan bisnes tersendiri.

Lelaki bujang yang mendekati kebanyakan mereka berusia jauh lebih muda. Sedaya upaya saya supaya tidak menerima atau melayan suami orang kerana saya sedar betapa peritnya bila kita dikhianati.

Lagi pun, Alhamdulillah saya telah menemui cinta hati yang baru. Orang nya menepati ciri ciri lelaki yang saya idamkan selama ini.

Bekerjaya, bijak, rajin solat di masjid walaupun dia tidak dalam kategori ‘alim, badan tinggi dan tegap, sangat penyabar, bagi semangat tiap kali saya buat sesuatu,

Kami mempunyai hobi yang sama, dia jiwa puitis romantik, dia melayani saya dengan baik, juga tidak segan memperkenal saya kepada teman teman sekerja nya.

Cuma saya masih dalam healing process dari trauma. Kadang kadang buat saya kurang mempercayai pasangan.

Buat you, terima kasih kerana menerima i, bersabar dan buat i happy.

Maafkan i kerna masih overthinking dalam segala hal, pengalaman serta trauma buat i lebih berhati hati dalam buat apa apa keputusan atau tindakan.

Buat pembaca semua, tolong doakan hidup saya lebih bahagia lepas ni di samping lelaki yang tepat, lelaki yang mencintai saya seikhlas hati nya, mencintai kerana Allah, membimbing untuk kami sama sama ke syurga. Pesanan saya. Jangan biarkan diri kita teraniaya.

Jika kita jatuh kerana manusia, bangkit lah kerana Allah, yang sentiasa ingin hamba-Nya bergantung dan meminta minta kepada-Nya.

Jika kita berdosa, lakukan taubat secepatnya. Sentiasalah perbaiki diri ke arah lebih baik, mantapkan ilmu, kuatkan akal dan emosi.

Buat para wanita, berhati hati lah jangan sampai tersalah pilih pasangan narsisistik.

Jangan risau, tidak mengapa lah sekiranya kita tidak ada pasangan di dunia ini, kerana semestinya Allah sudah sediakan pasangan buat kita di syurga kelak.

Akhir kata, Percaya lah di sebalik ujian besar pasti ada hikmah nya.

Salam sayang, Hannah.

BACA :

‘Tiap kali masuk waktu Subuh, aku mimpi ex aku datang merayu pada suami’
‘Patut la masa bercinta dulu mak dia…’, wanita dedah bekas teman lelaki berzina dengan mak sendiri
Suka berselfie salah satu tanda alami sakit mental, ini antara simptom & kategorinya