‘Biasanya susah nak jumpa pemandu yang menyakitkan hati, Alhamdulillah tahun ni dah jumpa’

Biasanya susah nak jumpa pemandu yang menyakitkan hati. Dalam setahun kadang jumpa sekali je. Alhamdulillah, tahun ni dah jumpa.

Sejak roadtax dah tak wajib tampal, ramai yang salah faham. Dah la tak faham, eksen-eksen faham pulak lagi.

“Boleh tunjukkan roadrax digital, saya tengok encik dah tak tampal roadtax kat cermin,” pinta saya ke seorang pemandu lelaki.

'Biasanya susah nak jumpa pemandu yang menyakitkan hati, Alhamdulillah tahun ni dah jumpa'

“Eh, bukan ke roadtax dah tak perlu tampal. Lagipun kan polis boleh periksa guna sistem PDRM je. Encik periksa la sendiri,” balasnya dengan nada yang kurang enak didengar.

“Encik dah salah faham ni.. memang cukai jalan dah tak wajib dipamerkan, tapi encik masih perlu kemukakan atau tunjukkan paparan digital kepada penguatkuasa sekiranya diminta.” balas abam dengan santun.

“Telefon saya tak ada line!. Hish susah betul la, dulu tampal roadtax asyik rosak. Sekarang dah tak perlu tampal, nak kena tunjuk pulak. Yang mana satu betul ni?” pemandu lelaki tu mula tak puas hati.

Sebagai seorang polis yang dituduh hesmes, abam kena control etika walaupun dalam keadaan tekanan.

Tapi dalam hati, eh dia ni kang..

“Ok takpa, kali ni saya bantu encik periksa. Untuk makluman encik, kami memang boleh periksa, tapi cuba encik bayangkan kalau semua pengguna kenderaan bersikap macam ni. Sebuah kenderaan asalnya ambil masa 10 saat je, tapi jadi 3 minit sebab kami nak kena ‘key-in’ periksa roadtax.”

Dah alang-alang geram, abam sambung lagi mengomel sambil periksa cukai jalan dia.

“Tak salah pun kita mudahkan urusan orang lain. Encik mudahkan urusan kami, dalam masa yang sama encik mudahkan urusan orang-orang dibelakang encik ni. Mereka pun nak cepat.”

“Kalau mereka nak cepat, encik bagi je la mereka jalan, tak perlu periksa semua bagai.” umang ai.. gitu je dia balas.

“A’uzubillahiminasyaitonirrojiim” terkumat kamit abam baca untuk elak marah.

Tiba-tiba,

“Aik, roadtax encik yang baru ada tak? Saya tengok dah expired seminggu ni,” sambil abam tunjukkan paparan sistem semakan cukai jalan kat dia.

“Eh, yeke? Aduh.. maaf la encik.. tak perasan pulak saya. Maklum la, sejak tak tampal roadtax ni, tak perasan dibuatnya. Saya ingatkan hidup lagi, tolong la encik.. nanti saya renew ya,” tiba-tiba suara dia jadi lemah gemalai.

“Okey takpa, encik parking kat tepi sana dulu ya.”

Dia tak tau, baru je minggu lepas abam dapat markah seri dengan makhluk paling dasyat dari luar bumi. Kalau setakat makhluk bumi cenggini, hmmm.

BACA :

‘Harap tak ada la netizen guna spaylater. Ni dah macam ahlong main ugut-ugut kita’
‘Penasihat saya suruh kira balik betul-betul.. Misi ada untung ke buat app delivery macam ni?’
‘Kenapala orang pantai timur tak mahukan pembangunan’