Pasangan baru kahwin rentung berpelukan dijilat api, ‘Suami naik atas nak selamatkan isteri’

Sepasang suami isteri meninggal dunia selepas rumah yang didiami mereka hangus terbakar dalam satu kejadian baru-baru ini.

Menurut laporan, tragedi hitam itu melibatkan 13 sekeluarga dan ia telah meragus nyawa pasangan berkenaan yang baru sahaja berkahwin setahun lalu.

Ketua Polis Depok, Made Budi berkata 13 mangsa itu terdiri daripada empat buah keluarga dan 11 daripada mereka terselamat dalam kebakaran tersebut.

Hanya kedua mangsa (pasangan suami isteri) didapati terkorban manakala 11 lagi selamat.

Pasangan baru kahwin rentung berpelukan dijilat api, 'Suami naik atas nak selamatkan isteri'

Lebih menyayat hati, ketika kebakaran berlaku si suami berusia 27 tahun itu telah naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan isterinya.

Malangnya, tangga kayu di rumah terbabit menjadi reput akibat dijilat api dan roboh menyebabkan kedua-dua mereka terperangkap di dalam rumah itu.

Difahamkan, mangsa ditemukan dalam keadaan berpelukan antara satu sama lain di bahagian tangga yang telah hangus terbakar.

BACA :

Panas macam mana pun jangan pasang ‘aircond’ dan kipas serentak, ini sebabnya…
‘Begitu kata Mak ketika tubuh tuanya aku rangkul melepas rindu bila aku masuk ke dapur tadi’
Wanita maut selepas buat pembedahan besarkan payudara dengan doktor tak ‘bertauliah’