‘Sedikit coretan sebab aku tengah panas dengan Abang Tesla’

Sedikit coretan sebab aku tengah panas dengan “Abang Tesla”

Aku dan isteri Miezra Amira kahwin pada 2018 dan siapa je yang taknak anak sebab anak ini memberi seri kedalam keluarga.sepanjang perkahwinan kami merancang nak dapatkan berapa orang anak,jarak tahun untuk dapatkan anak,nama-nama anak yang kami pilih dan sebagainya.

Tapi Allah SWT tu Maha Mengetahui dan Dia mengatur segala sesuatu yang menjadi keperluan makhlukNya secara sempurna, terus menerus tanpa bantuan sesiapa. Kami tiada rezeki untuk “Malaikat Kecil” menghuni rahim isteri saya walaupun kami sudah berusaha.

'Sedikit coretan sebab aku tengah panas dengan Abang Tesla'

Kami mengkaji waktu subur isteri,saya makan makanan yang boleh menghasilkan sperma yang berkualiti tapi Allah masih belum bagi rezeki lagi.Keinginan nak dapatkan zuriat makin bertambah lagi apabila isteri sedih menangis sampai mata bengkak bila dia lihat kawan-kawan baik dia satu persatu mengandung.

Dari situ saya muhasabah diri cakap dlm hati “kemungkinan aku kot yang problem”. Maka kami buat followup dekat Klinik Pakar Sakit Puan di Hospital Sultan Ismail,setelah berbincang pada Oktober 2020 kami terus buat Intrauterine insemination (IUI) tapi sayangnya tak berjaya.

Kami cuba pula cara Tradisional minum air kelapa ,minum air di tangkal,makan Kacang Tolo 2kg,mengurut,makan jamu dan banyak lagi la tapi masih lagi gagal.

Kami tak mengaku kalah dan menyalahkan takdir,kami cuba lagi. Alhamdulillah walaupon Allah tak beri kami rezeki anak tapi Allah SWT beri kami rezeki ekonomi,makanya kami buat followup di Metro IVF Melaka dibawah seliaan Doktor Pravin Peraba dan pada November 2021 terus decide nak buat In vitro fertilization (IVF) dengan harapan dapatlah kami menimang cahaya mata sendiri.

Tapi kita hanya mampu merancang Allah menentukan,IVF kali pertama kami tak berjaya. Tersangat-sangat lah kecewa kerana duit yang dikeluarkan bukan sikit tapi banyak nilainya tak termasuk masa dan penat kami ulang alik JB-Melaka.

Kami cuba lagi IVF kali kedua pada Ogos 2022 tapi kali ni kami redha andai kata tak berjaya juga da plan dengan isteri untuk berehat dalam beberapa tahun dan cuba teruskan kehidupan berdua dulu.

Betul la orang cakap “Usaha takkan mengkhianati kita”, 2 minggu selepas tu isteri positif UPT kemudian hasil dari ujian darah bacaan HUMAN CHORIONIC GONADOTROPHIN – H.C.G. lebih dari 2000 menunjukkan isteri mengandung kembar dan perjalanan sepanjang isteri mengandung dan lahirnya kembar kami pada 26 Mac 2023, hanya orang sekeliling sahaja yang tahu,saya taknak ulas dekat sini sebab trauma tengok isteri..hahahaha

Kepada abang Tesla,berkahwin 2 dengan alasan isteri tak dapat nak mengandung/nak anak bukan alasan yang kukuh sebab awak mampu(pakai Tesla kan mesti banyak duit) untuk cuba lagi IVF sampai berjaya.

Diluar sana banyak pasangan susah dapatkan anak sampai buat prosedure IVF ni lebih dari 3 kali. Pokok pangkalnya jangan mengalah,usaha,doa,tawakal dan pentingnya bersangka baik dengan takdir.

BACA :

‘Cerita pasal jual beli rumah semakin mahal, ini cara nak ‘pancung’ kapitalis gila’
‘Ni aku nak tegur kepada mat rempit sampah, kau tahu kenapa kau di gelar sampah masyarakat?’
Jangan tambah bahan ini kalau taknak ‘kuey teow’ lembik atau hancur