Jangan tidur berhampiran iPhone yang sedang dicas, Apple beri amaran

Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan pengguna telefon pintar untuk mengecas telefon pintar sewaktu tidur.

Hal ini kerana, telefon tidak digunakan pada waktu tersebut serta membolehkan pengguna dapat menggunakan telefon pada keesokan harinya dengan pengecasan yang penuh.

Meskipun tampak lebih memudahkan, Apple baru-baru ini tampil dengan sebuah amaran memaklumkan kepada pengguna iPhone untuk elak mengecas iPhone sewaktu tidur dalam keadaan yang rapat.

Jangan tidur berhampiran iPhone yang sedang dicas, Apple beri amaran

Menurut Apple, tindakan mengecas iPhone serta diletakkan pada tempat tidur seperti di tangan, bantal mahupun tilam mampu mengundang kepada ketidakselesaan serta kecederaan.

Malah, Apple turut menyatakan pengguna perlu menggunakan common senses bagi mengelakkan perkara ini berulang.

Selain itu, Apple turut memaklumkan kepada pengguna untuk elak menggunakan pengecasan pihak ketiga yang mungkin memberi kesan kepada kestabilan voltan sewaktu mengecas iPhone.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mahu mengecas iPhone pada waktu waktu malam disarankan untuk mengecas pada keadaan berjauhan dengan iPhone atau setidaknya berjarak dengan katil yang mahu ditidur.

BACA :

‘Rahsia Nina positif HIV terbongkar dalam pejabat agama. Nina pergi selepas 5 bulan bersama aibnya yang tertutup rapat’
‘Pelik mak lagi sayang menantu dari aku, mak tak kisah aku hidup atau mati’
‘Akan tiba saatnya akal manusia dicabut & umat Islam menjadi seperti Bani IsraeI’