‘Siapakah bawa anak-anak tahfiz ke konsert tu? Pemuda-pemudi mana ni sampai melebih-lebih menari macam tak sedar diri’

Sedih sebenarnya sebab konsert yang berlangsung kepci-kepci tu jelas lagha dan ada kejanggalan yang sepatutnya menjentik emosi dan kewarasan semua kita.

Saya tengok video pendek tu ada persembahan ‘joget’ wanita, artis-artis lain dan jelas menampakkan anak-anak muda menari dengan latarbelakang lagu rock entah rasanya rock metal/berat.

'Siapakah bawa anak-anak tahfiz ke konsert tu? Pemuda-pemudi mana ni sampai melebih-lebih menari macam tak sedar diri'

Tiba-tiba ada pula kelibat anak-anak tahfiz berpakaian baik dan berkopiah dalam kalangan audien – sesuatu yang pelik. Siapa yang jemput/bawa anak-anak ini ke dalam konsert sebegitu rupa?

Astaghfirullahal ‘azim… Ya Allah, ampunkan kami yang tak tahu menahu ni. Kami tak redha dan bukan kami yang melakukan itu semua. Ampunkan kami.

Pertama,

Anak-anak muda tak patut layan hiburan sampai macam tu sekali. Nampak ‘high’ sangat. Tak boleh. Pemuda-pemudi mana ni sampai melebih-lebih menari macam tak sedar diri. Janganlah menampakkan generasi muda ni teruk.

Orang muda kena berjiwa besar, kerja kuat, cari ilmu, bukannya berhibur berlebihan. Muka-muka Melayu agama Islam semua tu. Ishhhhh susahnya nak cakap. Kalau cakap lebih kang, kena cop ceramah pula.

‘Kesungguhan’ menari tu sepatutnya diletakkan pada pengajian, cari rezeki, bina jati diri, semua yang baik-baik, bukannya disemangatkan pada berhibur tak tentu hala. Cara joget tu tak nampak sekali-sekala tetapi nampak selalu buat tu. Astaghfirullahal ‘azim.

Kedua,

Siapakah bawa anak-anak tahfiz ke konsert tu?

May be an image of 4 people, crowd and text that says 'K it's finger'

Sebagai manusia dan ahli masyarakat, kita ni kena hormat ‘orang tahfiz’ sebab mereka belajar al-Quran.

Bukan suruh jalan tunduk hormat atau apa, tetapi hormat dengan cara tidak ajak mereka ke tempat maksiat apatah lagi konsert hiburan. Ni bukan ajak tetapi dah bawak sampai situ duduk di kerusi penonton, apa hal ni?

Viral juga surat jemputan kepada institusi anak-anak yatim. Jelas dalam poster jemputan bahawa sesi konsert itu pada 7 – 11 malam.

Ya Allah, langgar waktu Maghrib, konsert pula tu, memang tak fikir ke pendidikan apa ni beri kepada anak-anak yatim berhibur waktu solat? Ishhhhh gerrrrram pulak bila fikir tak logik sungguh pihak menjemput ni.

Siapa yang ‘ada hati’ menjemput anak-anak tahfiz dan anak-anak yatim pergi konsert sebegitu rupa ni? Tak fikir ke?

Siapa yang ‘ada hati’ membawa mereka ke sana? Kalaulah dah tahu tetapi bawa juga, Ya Allah, berat nanang sakit kepala bila fikir siapa yang bawa ni….

Ketiga,

Baru-baru ini kecoh perihal menteri ‘kritik’ siaran ulangan rancangan hiburan patut syariah yang ada wajah pemimpin lama (bekas menteri, daripada parti politik berbeza) sehinggakan timbul ‘siasatan’ terhadap stesen TV yang menyiarkan ulangan tu, ramai orang jadi marah dan mempersoalkan kenapa sampai sebegitu. Hangat isu ni macam pisang goreng panas.

Tiba-tiba viral video konsert kepci ni dalam keadaan sebegini dan selepas berpuluh jam, masyarakat tertanya dan ternanti di mana penjelasan menteri atau pihak berwajib terhadap kepelikan yang berlaku dalam konsert hiburan kepci ni.

Pihak berwajib tak boleh diam saja, ini bukan sekadar isu kecil macam isu parti politik, tetapi ini isu besar melibatkan umat.

Jelas dalam video, konsert itu dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negara. Maksudnya tahu tentang kejanggalan yang telah berlaku. Rakyat perlukan penjelasan segera. Aduhhhhh.

Saya rasa ralat dan terkilan.

Saya tulis posting ni atas kesedaran tanpa kepentingan apa-apa kecuali sebagai orang Islam, saya menyatakan saya tak redha dengan kemaksiatan yang berlaku, saya berdoa Allah tidak memberatkan dosa terhadap saya dan muslimin muslimat yang tidak terlibat.

Tak ada kudrat nak hentikan kemaksiatan sebelum berlaku, dan selepas berlaku ini saya hanya mampu menulis di sini menyatakan kekesalan. Siapa tahu kalau tulisan saya ini dibaca pihak berwajib, tolonglah bertindak sebaik mungkin.

Ya Allah, ampunkan kami. Jika bala yang Engkau ingin berikan, lindungilah kami dan semua yang tidak terlibat, ya Allah….

Kalau Allah nak beri balasan, bukan mereka yang salah saja akan kena, yang ini kita kena faham. Sebab itulah amar makruf nahi mungkar perlu dibuat oleh semua orang.

Sekurang-kurangnya kita kena faham kita ini tak boleh menormalisasikan hiburan melampau dalam masyarakat. Tak boleh. Hasbunallah wa nikmal wakil.

BACA :

‘Ada sahabat ‘GILA’ saya ni tiba-tiba whatsapp, mungkin Allah buka hatinya ketika beliau sedang dengar khutbah jumaat’
‘Depression is real, tak siapapun menyangka pengakhirannya begitu dan terlalu pantas’
Lelaki meninggal dunia selepas 24 jam peluk Islam, ‘Tolong kebumikan saya di masjid’