‘Pengasuh Hana bercuti, jadi dia duduk di rumah dengan aku. Aku perasan sesuatu pasal anak perempuan aku’

Pengasuh Hana Chan bercuti, jadi dia duduk di rumah dengan aku dan abang-abang dia.

4 orang abang dia, aku hanya jaga pada waktu cuti sekolah bila diorang dah umur 4 tahun ke atas. Waktu masih kecil kebiasaannya aku hantar ke rumah pengasuh.

Hana Chan kira special sikit. Belum masuk 2 tahun dah duduk rumah dengan Abah dia.

'Pengasuh Hana bercuti, jadi dia duduk di rumah dengan aku. Aku perasan sesuatu pasal anak perempuan aku'

Aku perasan anak perempuan ni cepat matang. Perkembangan psikomotor dan kognitif pun nampak lebih laju.

Ni aku cuma bezakan dia dengan abang-abang dia. Bukan secara umum. Sebab setiap budak berbeza perkembangan mereka.

Tak susah nak jaga dia. Dah boleh bercakap pada kadarnya dan beritahu apa dia nak.

Lapar, dahaga, nak makan, nak mandi, berak, pampers penuh dan lain-lain perkara lagi dah boleh cakap dan mudah difahami.

Ini memudahkan komunikasi dengan Hana Chan.

Selari umur dia, dah pandai menconteng, nak baca buku, berlari, sepak bola, lambung bola, susun lego, makan sendiri, pakai baju sendiri, berimaginasi sendiri, ikut nyanyian lagu dan apa juga keinginan dia, dia akan buat.

Perkembangan ni aku perhati. Sebab dia anak perempuan. Anak lelaki dulu lain. Kat sini pun nampak dah betapa besar kuasa Allah menjadikan perbezaan gender itu bukan setakat fizikal semata-mata.

Kadang-kadang emosi anak perempuan ni tak menentu, tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba datang puting beliung.

Waktu ni kelam kabut juga Abah dia. Semua serba tak kena pada dia. Mujur tak tercabut kain Abah ni ha. Hahahaha.

Begitulah diari pengasuh part time cuti sekolah.

Sambil mengasuh, sambil menguatkan bonding dengan anak-anak.

“Hana sayang Abah tak?”

“Ayang.”

Senyuman dia buat hati abah cair.

Titik.

BACA :

‘Kepada bakal pengusaha hotel, janganlah ikut trend tandas dan bilik air yang ada kaca sahaja’
‘Sebuah panggung wayang memaparkan filem pendek bermula dengan gambar siling bilik. Tiada butiran, tiada warna’
Gadis dedah jadi mangsa lelaki baru kenal dalam satu aplikasi, ‘Dia seluk dalam seluar saya…’