‘1 hari motor aku kawan pinjam hari ni buat pergi ride, ini sebab aku tak pernah berkira harta benda aku…’

1 hari motor aku kawan pinjam hari ni buat pergi ride.

Aku tak pernah berkira harta benda aku.

Walaupun usia motor ni baru 3 hari.

'1 hari motor aku kawan pinjam hari ni buat pergi ride, ini sebab aku tak pernah berkira harta benda aku...'

Bau kedai lagi

Dulu aku pernah susah.

Masa tu kereta aku kemalangan dan ada di bengkel.

Aku ada motor tapi motor buruk.

Isteri pulak masa tu dalam pantang baru melahirkan anak yang ke 2.

Aku wasup kawan-kawan mintak nak pinjam motor sebab nak balik tengok anak di kampung.

Jarak perjalanan lebih kurang 2 jam.

Sorang pun tak bagi.

Wasup nak pinjam kereta pun tak bagi.

Maka aku bawak la motor buruk aku tu dari Sungai Petani ke Grik.

Jalan berbukit.

Aku balik malam sorang diri.

Alhamdulillah sampai walaupun terpaksa berhenti tepi jalan 3,4 kali.

Menangis aku seorang diri atas motor masa tu.

Sejak dari tu aku berjanji tak akan jadi kedekut.

Motor aku semua aku bagi orang pinjam.

Merata orang pergi ride.

Dulu aku pakai y15 pun ramai pinjam.

Ada sesetengah tempat aku tak pernah sampai tapi motor aku sampai asbab orang lain bawak.

Kereta aku beli 2 hari ada orang kampung datang jumpa nak pinjam sebab nak hantar anak ke asrama.

Kereta dia ada tapi rosak.

Asrama pulak jauh dari rumah.

Dia nak pinjam kereta aku yang lain tapi aku bagi pinjam kereta baru aku.

Sekarang aku ada ramai kawan-kawan yang memang jenis tak berkira.

Kereta dan motor boleh pinjam macamtu je.

Orang tak berapa kenal pun diberi pinjam.

Aku pun banyak kali pergi ride dengan motor kawan-kawan aku.

Kadang pinjam sampai seminggu.

Aku pernah rasa betapa pedihnya nak meminjam tapi orang tak bagi.

Nak beli pulak tak mampu.

Aku akan bantu setakat termampu.

Tak ada sekelumit perasaan pun nak menunjuk.

Cuma berkongsi apa yang aku ada.

BACA :

‘Aku baru kahwin. Masa tengah sapu rumah mertua, tiba-tiba aku nampak busut bawah kerusi’
‘Dalam kefakiran dia masih ada segan. Dalam serba kekurangan dia masih ke masjid mencari Tuhan’
‘Kalau jumpa dia tolong bagitahu aku, dah lama aku cari si Ery ni’