‘Aku kalau kedai viral viral ni aku tahan diri dari pergi masa tengah viral tu, kita bagi peluang orang lain dulu’

Sejenis aku kalau kedai viral viral ni aku tahan diri dari pergi masa tengah viral tu. Kita bagi peluang orang lain dulu. Kalau weekend ramai aku pergi weekdays.

Biasa laa kedai kalau dah kena serbu dengan orang yang luar biasa ramai ni macam macam la terjejas. Yer la kalau dah crowd yang datang tu 4 5 kali ganda dari yang tuan kedai ready meme tak terkawal laa jadinya.

Masa menunggu makanan jadi lama. Part ni hok aku paling kurang sabar. Hahaa. Paling lama setengah jam ok la. Jadi jalan terbaik aku tunggu reda sikit kesan viral tu. Agak agak customer dia tu back to normal baru aku pergi.

'Aku kalau kedai viral viral ni aku tahan diri dari pergi masa tengah viral tu, kita bagi peluang orang lain dulu'

Pahtu lagi satu kualiti makanan pon kadang kadang terjejas jugak. Ye la kalau terkejar kejar nak siapkan order banyak bersusun tu ada la terkurang terlebih sikit dalam proses masak tu. Tukang masak pon manusia jugak.

Lagi satu kalau dah ramai sangat customer tak putus putus, customer service pon terjejas. Penat boh nak layan karenah orang macam macam ni. Sampai tahap nak senyum pon tak sempat. Ni pengalaman aku kerja kedai makan dulu la.

Selalunya kalau aku nak try jugak kedai yang viral ni aku memang pergi dengan dah ready semua minda emosi dan fizikal. Hahaaa. Macam nak pergi berperang la pulok. Jangan pergi kalau terlalu lapar.

Ye laa kalau pergi tengah lapar sangat tu hok normal pon boleh tak jadi normal kan tunggu lama lama. Hungry man is an angry man.

Selamat maju jaya semua kedai yang kedai tempias viral ni. Moga dapat tackle isu dengan baik sesegera mungkin.

Dalam kepala aku simple jer. Semua owner yang buka kedai ni nak bagi yang terbaik untuk pelanggan dia. Dia nak semua yang datang tu pulang dengan gembira. Takkan la dia nak buka kedai supaya orang tak happy dengan servis dia.

BACA :

Pasangan baru kahwin rentung berpelukan dijilat api, ‘Suami naik atas nak selamatkan isteri’
Suami kecewa isteri jalin hubungan sulit dengan Ketua Kampung, ‘Akhirnya isteri aku mengaku sudah tiga kali ke hotel dengan dia’
Akibat suka tidur pakai baju terdedah, wanita dinikahi jin hingga ada ramai anak