‘Betul kata kawan-kawan, buah terakhir geng gini ialah akan ada sedikit play victim in the end. Macam ni la Puteri Sarah, akui sahaja story anda tu tak kena’

Betullah kata kawan2, buah terakhir geng gini ialah akan ada sedikit play victim in the end.

Mcm ni la Puteri Sarah Liyana, akui sahaja story anda tu x kena. Anda kata anda x hasut sesiapa? Anda tahu tak ayat anda tu pun dah boleh dikategorikan sebagai hasut? “Kalau tak suka, angkat kaki goodbye”.

Anda ni public figure. Kata2 anda ada yg diidolasi so ayat sesimple itu sebenarnya boleh diletakkan bawah kategori menghasut pompuan supaya “angkat kaki goodbye”.

'Betul kata kawan-kawan, buah terakhir geng gini ialah akan ada sedikit play victim in the end. Macam ni la Puteri Sarah, akui sahaja story anda tu tak kena'

Dan benda ni adalah satu kesalahan di bawah Akta 559 iaitu akta kesalahan jenayah syariah wilayah persekutuan 1997, di bawah seksyen 38 tertulis,

“Seksyen 38. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan.

Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana orang lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”

So what i am doing right now is giving u a big favor. Supaya anda tidak menyesal di kemudian hari.

Sy boleh syarahkan juga mengapa wanita tidak berhak tuntut cerai hanya sbb x suka poligami tapi itu bukan tujuan sy menulis kat sini.

Anda menulis “tidak semua lelaki boleh jd Rasulullah”, salah tu. Yg tepatnya ialah TIADA LELAKI yang boleh jadi mcm Rasulullah tapi dalam masa yg sama, takkan ada wanita boleh jd mcm Khadijah.

Jangan ingat suami je kena bertanggungjawab memastikan rumahtangga yg bahagia, tanggungjawab isteri pun sama beratnya.

Pasal perenggan anda yg ketiga tu, sekali lagi anda x payahlah nak letakkan orang lain dalam kasut anda.

Setiap pasangan hidup ada cerita mereka dan x semestinya anda melalui kehancuran rumahtangga disebabkan poligami, maka org lain pun anda bajet mcm lebih kurang sama je cerita mereka.

Sy dah bgtau anda td, lebih baik anda doakan yg baik2 je kpd mereka dan x perlu keluarkan status yg sebegitu kerana ianya memang mengundang kotonasi yang salah.

Hanya kerana anda pernah jadi “mangsa” maka x semestinya anda ada segala hak utk bersuara dan org lain x boleh sanggah anda.

Sy rasa, khalayak lebih sedar siapakah yg meroyan teruk bila hal2 begini muncul, jadi anda x payahlah kata org lain meroyan.

Sy harap ni status last sy sentuh pasal anda. Sy doakan anda bahagia.

BACA :

[VIDEO] Rumah bau asap, nyaris terbakar gara-gara caj telefon sambil tidur
‘Tu yang ada pelakon boleh tutup aurat dengan sempurna dalam filem kerana itulah profesional bagi mereka tetapi tayang aurat mereka selepas filem’
Kisah curang suami paling baik di dunia, ‘Jangan takut, saya bukan nak maki atau nak marah’