Pengadil bola sepak yang juga anggota tentera dibelasah pemain dan penonton kerana tak puas hati

Pengadil bola sepak yang juga merupakan anggota tentera dipukul pemain dan penonton kerana tidak berpuas hati

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan pengadil bola sepak yang juga merupakan seorang anggota tentera dipukul pemain-pemain dan penonton bola sepak akibat tidak berpuas hati.

Pengadil bola sepak yang merupakan seorang anggota tentera Satuan Batalion 614 Raja Pandita Malinau mengalami kecederaan akibat dipukul pemain dan penonton ketika mengadili satu perlawanan bola sepak piala Bupati.

Pengadil bola sepak yang juga anggota tentera dibelasah pemain dan penonton kerana tak puas hati

Menurut sumber, ketegangan berlaku apabila pengadil tersebut melayangkan kad merah yang ke dua kepada pasukan berkenaan sehingga berlaku protes dalam kalangan pemain.

Pertengkaran berlaku antara pemain dan pengadil sebelum beberapa pemain yang lain bertindak menyerang pengadil tersebut dengan memukul kepalanya sambil keluar padang.

Belum selesai dipukul pemain, pengadil itu ‘disambut’ oleh penonton yang juga tidak berpuas hati ketika keluar padang dengan memukulnya seperti sepak dan terajang.

Kesan daripada itu pengadil bola sepak mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan belakang akibat dipukul.

BACA :

‘Kerana mak, 3 tahun aku menganggur. Eh, ada degree tapi kerja kerani je?’
Peminjam wang berIesen dihurung laIat ketika berada di tanah suci Mekah
‘Sebak tengok gambar ni. Yang faham je faham. Kalau tak cari punca memang boleh gila’