‘Tewas di mahkamah, perintah kosongkan & keluar dari rumah yang telah didiami lebih 35 tahun’

Tewas di mahkamah. Perintah kosongkan & keluar dari rumah yg telah didiami lebih 35 tahun. A few days left untuk melihat rumah ni sebelum dihancurkan.

Cuti merdeka ni kami membanting tulang mengemas barang2 utk dibawa lori pada hari Jumaat & Sabtu ni.

Merdeka kali ni pastinya menjadi kenangan pahit buat keluarga sebelah isteri. Malah saya juga terasa sedihnya. Di sini lah anak sulung, Aimee Sofea membesar selama 6 tahun.

'Tewas di mahkamah, perintah kosongkan & keluar dari rumah yang telah didiami lebih 35 tahun'

Inilah juga rumah utk saya pulang setiap hujung minggu utk bersama isteri & anak saya selama 6 tahun pertama perkahwinan kami.

Kehilangan tanah, kehilangan rumah dan pastinya kehilangan kampung halaman akibat percaya pada sahabat (jiran sebelah rumah), membeli tanah lot atas persetujuan mulut dan sekarang dituntut.

Saksi ada tp, xmahu menjadi saksi di mahkamah. Akhirnya mahkamah memihak padanya.

InsyaAllah Allah swt akan gantikan dgn sebuah kehidupan baru yg lebih baik dan tenang. Semoga Umi dan Abah terus kuat jiwa dan redha dengan apa yg terjadi.

Pengajaran yang kita dapat ialah jangan beli status tanah lot lidi.

BACA :

‘Ramai tak tahu jualan produk begini tidak dibenarkan di dalam kawasan sekolah rendah dan menengah’
‘Sebab itulah saya hasut anak anak muda supaya jangan buat apa-apa loan, Abang dah serik dikkkk’
‘Kalau jumpa dia tolong bagitahu aku, dah lama aku cari si Ery ni’