‘Abah kan ada katil kat rumah, kenapa tidur kat tanah’

Di TikTok, viral sebuah rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang bercakap di kubur datuknya.

Kenapa tidur dekat tanah?

'Abah kan ada katil kat rumah, kenapa tidur kat tanah'

Menerusi video pendek berdurasi 0.05 saat, kanak-kanak perempuan itu dilihat sedang bercakap di kubur datuknya sambil memegang botol berwarna putih. Ujar kanak-kanak tersebut, mengapa datuknya tidur di tanah sedangkan di rumah mempunyai katil.

Menjengah di ruangan komen, kanak-kanak tersebut dikatakan sangat rapat dengan datuknya. Mereka akan keluar bersiar-siar menaiki motosikal. Lebih menyedihkan, anak kecil itu tidak percaya bahawa datuknya sudah meninggal dunia.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut meluahkan rasa sedih dan berharap kanak-kanak perempuan itu kuat menjalani kehidupan harian.

@yaazullamran πŸ₯Ί #fyp ♬ Bila Cinta by GIO – π™ƒπ˜Όπ™Œπ™’π™ͺπ™¨π™žπ™˜π™‘π™–π™—

BACA :

Kakak hilang akal tembak adik kandung sendiri, β€˜kantoi’ jalin hubungan sulit dengan suami
β€˜Tak dapat zuriat terus poligami, kalau ko hidup zaman Hang Lekiu dulu bolehlah nak pakai alasan ni’
Ramai tak tahu makna sebenar gambar ini, menang anugerah paling berprestij di Amerika Syarikat