KISAH GELAP BANK DARI SEORANG ABANG BANKER
1. Dah 10 tahun saya kerja bank, bidang sales, saya bersimpati kepada penghutang.
2. Maklum tak semua tahu, BANK di Malaysia impose interest menggunakan kaedah RULE OF 78, yang jelasnya ianya kaedah menindas dan diperakui.
3. Rule of 78 juga diguna pakai dalam pembiayaan Islam.
4. Saya tidak menentang perbankan islam, saya tahu Islam mengharamkan riba, dan menghalalkan jual beli. Islam menentang penindasan.
5. Jika perbankan Islam boleh perkenalkan pembayaran penurunan ratio untung dan pokok 50:50 besar harapan saya menjadi pendokong hebat perbankan Islam.
6. Saya akui, orang kita juga suka membina hutang, apa tah lagi kebanyakan mereka tidak celik kewangan. Hanya memandang keseronokan yang sementara, derita nya lama berpanjangan. Ada yang gunakan yg perkara bermanfaat, namun ramai juga yg cuma sia sia.
7. Masalah hutang orang kita adalah OVERLAP PERSONAL LOAN @FINANCING.
8. Mereka berfikiran rate pinjaman yg dahulu2 sekitar 4.99% 5 tahun yang dulu contohnya kini boleh mereka mampu berjimat bila ada bank yg menawarkan 3.99%.
9. Bagi saya itu adalah kerugian yang jelas, kerana loan lama masih servis principal pada ratio yg rendah.
10. Dengan mengambil loan baru pada kadar 3.99% secara teori nampak jimat, tetapi loan baru menyebabkan rule of 78 bermula semula pada kadar ratio interest @keuntungan tinggi semula.
11. Perkara ni akan berulang2 berlaku, OVERLAP berkali2 kerana faktor pujukan pegawai bank menawarkan kadar yg semakin kompetitif. Boleh jadi setiap 3 tahun dah overlap pada bank yg berbeza2.
12. Dari loan pertama yg sepatutnya cuma habis dalam masa 10 tahun, sedar tak sedar, sudah bersara pon belum tentu habis. (Ada bank yg menawarkan juga personal loan sebelum bersara dan personal loan semasa bersara).
13. Saya nampak org2 kita sebenarnya byk hidup dalam KERUGIAN. Selagi overlap, selagi tu bank untung byk sebab portion interest sentiasa tinggi pada perawalan loan.
14. Orang kita kena belajar hidup bersederhana, banyakkan rasa bersyukur. Bukan tak boleh amik PL, tapi amik la bila keadaan terdesak shj.
15. Player ASBF pon sama ya, sekarang game overlap tutup kat bank lama. Contoh bank lama , kena profit pada kadar 4.50%, pergi kat bank lain dapat 4.40%. Loan pulak 40 tahun baru buat 3 tahun. Berapa sen je turun prinsipal.
16. On paper nampak jimat 0.10%, walhal kena sembelih portion interest tinggi sebab start semula loan baru.
17. 0.10% ke 0.20% ke tak bg significant impact pon, kalau bank lain bagi turun 1.20% dari bank lama ok nak overlap. Berbaloi tu ada la juga. Setakat 0.10, ermm tak payahlah.
18. Banker tunjuk surface je yang best…ayat standard: “encik jimat sebab byr kurang compare dari bank lama”..customer pon sign.
Hahaha kena sembelih dgn rule of 78 la customer.. Sebab nampak dpt jimat byr rendah dari loan bank lamaa….
19. Yg rugi customer, yg untung siapa?
Rule of 78 ni relevan ke digunakan perbankan Islam? Islamic kah ia? Mohon dibincangkan dengan baik tanpa memburukkan perbankan Islam.
BACA :