Abang Bomba tendang wanita, ini puncanya

Abang Bomba tendang wanita, ini puncanya. Tindakan pantas anggota bomba di Jepun untuk menyelamatkan seorang wanita daripada cubaan membunuh diri dengan menendangnya masuk ke dalam rumah berjaya mencuri perhatian warganet di media sosial.

Tindakan bijak bomba

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, kelihatan seorang wanita yang memakai baju serba hitam itu sedang duduk di tebing tingkap dengan kakinya terjulur keluar dari bangunan. Anggota bomba yang turun dari tingkat atas, diikat dengan tali keselamatan bertindak menendang wanita itu masuk semula ke dalam rumah untuk mengelakkannya daripada terjun ke bawah.

Abang Bomba tendang wanita, ini puncanya

Tindakan bijak dan pantas anggota tersebut untuk menyelamatkan nyawa wanita berkenaan mendapat pujian daripada warganet yang menyaksikan kejadian itu. Meskipun rata-rata netizen kagum dengan teknik yang digunakan, namun ada juga yang mempersoalkan integriti anggota bomba berkenaan.

Abang Bomba tendang wanita, ini puncanya

Video

BACA:

Ini rupanya kisah sedih ‘ah soo’ tiba-tiba minta izin peluk ibu

‘Saya rindu zaman Dr Maszlee jadi Menteri’

Rumah kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di simbah cat

+ posts