Ada kemungkinan PKP dilanjutkan

Ada kemungkinan PKP dilanjutkan

Tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat masa ini hanya sekadar memberi kesempatan kepada barisan hadapan perubatan untuk ‘menarik nafas’.

Pakar Virologi Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, tempoh itu tidak akan memberi impak drastik pada empat angka positif harian kes Covid-19 ketika ini.

Beliau berkata, ini memandangkan tempoh mengeram atau inkubasi virus adalah dianggarkan tiga hingga tujuh hari.

“Tempoh mendapat keputusan makmal pula dianggarkan dua hingga tiga hari dan pengesanan kontak rapat boleh mengambil beberapa hari lagi.

“Bermakna dalam masa 14 hari ini kita hanya mengendalikan jangkitan yang sudah sedia ada saja,” katanya ketika dihubungi Harian Metro

Beliau turut ditanya tempoh ideal untuk menurunkan kes sekurang-kurang tiga angka atau dua angka.

Katanya, ia mungkin mengambil tempoh empat hingga enam minggu.

“Tetapi ini akan memberikan impak yang teramat negatif kepada ekonomi negara,” katanya.

Bermula semalam, PKP atau digelar PKP 2.0 dilaksanakan kerajaan selama 14 hari hingga 26 Januari 2021.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/663925/ada-kemungkinan-pkp-dilanjutkan

COMMENTS