Ada lagi yang akan lompat sokong PN

Ada lagi yang akan lompat sokong PN

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi gambaran akan ada lagi ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan tampil memberikan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Gombak itu memberi bayangan tersebut melalui ciapan di Twitternya pada Sabtu sejurus selepas peletakan jawatan dan tindakan keluar parti oleh Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar.

“1 + 1 + 1 +…… dan seterusnya. Alhamdulillah. Kekal tenang,” katanya.

Terdahulu, Dr Xavier yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Langat mengumumkan bahawa beliau akan menjadi ahli parlimen bebas dan menyokong kerajaan PN.

Tindakan dan pendirian terbaharu daripada Dr Xavier itu juga telah dimaklumkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam sebuah surat yang bertarikh 12 Mac 2021.

Selain Dr Xavier, dua lagi Ahli Parlimen PKR yang telah keluar parti dan menyatakan sokongannya kepada PN ialah Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon dan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien.

Dengan perkembangan terbaharu itu, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memiliki sokongan 112 ahli Parlimen daripada jumlah keseluruhan 220 anggota di Dewan Rakyat.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/128237/BERITA/Politik/Azmin-beri-bayangan-ada-lagi-MP-PKR-akan-sokong-PN

COMMENTS