Ada yang kongsi tips sewa je Vellfire, lelaki ini beri sudut pandang berbeza

Ada yang kongsi tips sewa je Vellfire, lelaki ini beri sudut pandang berbeza. Ada so called ‘pakar’ nasihat takyah beli Vellfire. Pakai Axia.
Ada ‘pakar’ yang lain pulak nasihat sewa jer Vellfire setiap kali nak pakai.

Ada yang hujung hujung nasihat, pakai jer Bezza walaupun income dah jejak RM 20k sebulan.
Saya?

Masih maintain pakai Proton Persona model 2008. Wife saya pakai Persona model 2010. Habis bayar.

Sebab apa? Sebab saya bahagia dengan cara saya.

Tapi, bahagia cara kita tu bahagian kita.

Kita tak bolehlah paksa orang lain ikut cara kita.

Apa yang betul pada mata kita, tak semestinya betul pada mata orang lain.

Ramai jer kawan saya pakai Vellfire. OK jer.

Kia Carnival model 2022, 11 seater, 199 HP pun dengarnya ada jugak kawan saya nak sambar.

Depa bahagia dengan cara memiliki MPV. Bayar bulan-bulan 2 ribu lebih, pada diorang boleh ajer.

Ada yang kongsi tips sewa je Vellfire, lelaki ini beri sudut pandang berbeza

Kalau semua bende di nilai pada pulangan wang ringgit, atau kita panggil Return on Investment (ROI) semata mata, kita lah golongan yang paling rugi.

Ada orang pakai MPV guna sekali seminggu.

Tapi tang sekali tu lah rupanya dia bawak anak dia, anak buah dia, mak dia, mak mertua dia ramai-ramai ziarah adik beradik ipar duai yang lain.

Tiada jumlah wang ringgit yang mampu dinisbahkan untuk tahap kegembiraan dan perkongsian emosi mereka.

Ada orang pakai MPV sebulan sekali. Tapi dengan sebab ada MPV tu lah, dia boleh bawak ayah dia yang berkerusi roda buat checkup kat Hospital Sungai Buloh dengan selesa.

Paling penting, diorang bayar installment bulan bulan tak mintak duit dengan kita.

Road tax ngan insurance pun diorang senyum ajer nak renew tiap tahun.

Lain lah kalau tiap bulan manjang short ajer duitnya. Duit lauk pun miss. Yuran van sekolah anak tak pernah on time. Asal makan ngan kawan-kawan alasan wallet tertinggal tu sampai menyampah nak dengar.

Yang ni memang elok kawan kawan tolong talkinkan. Tak sedar diri.

Layak belum tentu mampu. Pakai sifir ni.

Salam Khamis.

P.S. Kalau ada kawan-kawan nak minta pendapat MPV apa paling wallah mabruk tahun ni, kita pakat test drive sekali. Hahahaha.

BACA:

4 tahun bergelar ibu tunggal, akhirnya Ziana Zain bersuara tentang jodoh

Skim Bantuan untuk B40, RM200 setiap bulan

+ posts