Ahmad Faizal umum letak jawatan MB Perak

Ahmad Faizal umum letak jawatan MB Perak

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebentar tadi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Ahmad Faizal berkata, peletakan jawatan itu telah dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di sini pada pukul 3 petang tadi.

“Saya amat menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan pada kesempatan berkenaan saya telah menyembahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

“Bagi pihak diri saya dan seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, saya ingin menyampaikan rasa penghargaan yang tidak terhingga kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan seluruh warga pentadbiran kerajaan negeri serta jabatan dan agensinya.

“Tentunya pengalaman ini adalah sesuatu yang amat bermakna dan penuh dengan pelbagai cabaran,” katanya dalam sidang akhbar khas di Laman Seri Ridzuan di sini hari ini.

 

COMMENTS