Akhirnya !!! Seniman Jamal Abdillah timang anak keempat

Akhirnya !!! Seniman Jamal Abdillah timang anak keempat

Penyanyi ternama, Datuk Jamal Abdillah meraikan satu lagi saat gembira apabila dikurniakan cahaya mata pada tarikh istimewa hari ini.

Bayi yang selamat dilahirkan isterinya, Datin Zai Izzati sekitar setengah jam lalu merupakan anak keempat bagi seniman yang berusia 61 tahun itu.

Berkongsi berita gembira itu, Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali berkata, tiada apa yang mampu dizahirkan beliau selain mengucapkan rasa syukur pada Allah kerana diberikan rezeki cahaya mata.

“Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Menerima anak pada usia sebegini adalah rahmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Saya dan isteri menerima kelahiran ini dengan penuh rasa syukur,” kata Jamal kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.

Kata Jamal, kehadiran permata hati yang diberi nama El Issac Yamani itu tentu sekali pelengkap kebahagiaan beliau dan isteri serta tiga anaknya yang lain.
El Issac Yamani yang dilahirkan sempurna dan sihat itu juga sudah mempunyai panggilan timangan iaitu Zack iaitu nama karakter Jamal dalam filem Azura yang pernah memasyhurkan namanya sekitar tahun 1980-an.

Berdasarkan perkiraan tarikh yang dibuat oleh doktor sebelum ini, Jamal berkata, isterinya pada awalnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November ini.
Bagaimanapun, beliau dan Zai Izzati sepakat untuk melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November (hari ini) kerana tarikhnya sangat unik dan amat istimewa.
“Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah untuk ingat tarikh lahir Zack nanti,” cerita Jamal lagi.

Selain Zack yang dilahirkan di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak pada tarikh istimewa hari ini, anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.

Nur Azura Yamani pelengkap perkahwinan Jamal Abdillah dan isteri

Jamal dan Zai Izzati, 25, melangsungkan pernikahan pada 1 April 2017.

Penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu sebelum ini memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 menerusi perkahwinan sebelum ini manakala Azura merupakan anak perempuan tunggal buat beliau.

Sumber:https://www.astroawani.com/berita-hiburan/jamal-abdillah-timang-anak-keempat-pada-11112020-267903

COMMENTS