Aksi mak-mak merempit aksi superman buat ramai mengucap panjang. Seorang wanita di Indonesia melakukan aksi berbahaya dengan merempit sambil membuat lagak Superman ketika menunggang motosikal.
Kejadian itu dirakam penunggang motosikal lain yang ketawa melihat aksi wanita yang sudah separuh baya.
Dia dilihat mengangkat kakinya ke belakang dan diletakkan di atas tempat duduk. Manakala tangan kirinya digenggam dan diangkat ke hadapan meniru gaya adiwira.
Wanita berkenaan memotong beberapa kenderaan termasuk lori ketika jalan raya agak sesak.
“Emak-emak melakukan aksi saat menunggang motor, biar betul mak?,” tulis pengguna @andreli_48 yang memuat naik video berkenaan.
Video tersebut kemudian menarik perhatian netizen negara itu yang bimbang melihat aksi sebegitu rupa.
“Waras mak? Bahaya loh itu. Selain membahayakan diri, bahayakan orang lain juga. Lain kali kalau mahu beraksi atas jalan, di jalan-jalan kebun aja mak,” kata netizen.
BACA:
Elizabeth Tan risau susah hamil, dedah punca yang berlaku terhadap dirinya
Sultan Brunei naik kereta berdua dengan Anwar, ramai tabik spring
Pasang bendera Malaysia terbalik, lelaki Bangladesh ditahan