PETRONAS SMARTPAY – KAD MINYAK YANG PALING KELAKAR
Aku jarang sangat nak meroyan dalam fb ni. Tapi kali ini terpaksa cakap juga. Aku gunakan kad ini untuk minyak kenderaan syarikat.
Aku ada pilihan haritu samaada nak gunakan SHELL atau PETRONAS. Dua-dua pun aku hubungi. Tapi atas semangat kebangsaan, aku pilihlah PETRONAS.
Tapi ini kelakor.
1. Kad ini link dengan sistem di web. Belum ada mobile apps. Maybe akan datang. So yang ini aku rasa masih okay. Tapi kalau ada apps lebih baik. Lagi senang nak pantau dalam phone je.
2. Untuk top up kad ini ada 2 cara. Satu cara aku kena keluarkan cash dan bawa pergi mana-mana stesen Petronas. So kalau sekali top up RM3000, kena keluarkan duit banyak tu.
Aku rasa konvensional sangat kaedah ni. Tak ada beza aku transfer duit kat driver aku, dia isi minyak dan hantar resit. Tak payah pakai kad macamni pun takpe.
3. Cara ke 2 utk top up, boleh transfer duit ke akaun mereka secara online. Pastu kena simpan resit. Emelkan resit kepada mereka dan bagi no akaun kad tu sekali. Duit akan masuk dalam akaun minyak tu dalam masa 7 hari bekerja! Ehhehe, korang dah rasa kelako lom?
4. Diorang akan cek dulu duit dah masuk lom, barulah update dalam sistem website tu. Kalau dah masuk, diorang akan balas emel korang. Kaedah ni, 10 tahun dulu kalau ada orang pakai pun dah mula rasa ketinggalan.
5. Korang yang ada bisnes payment gateway tu tolonglah approach Petronas Smart Pay ni. Kalau sekali transection korang caj RM0.50 pun, aku sebagai user sanggup bayar dari menunggu 7 hari bekerja tu.
6. Lepas aku transfer tu aku ada call hotline diorang, tanya kenapa tak masuk-masuk. Diorang terangkanlah SOP 7 hari bekerja. Masa diorang terangkan, mmg tak rasa bersalah langsung dan penuh konfiden.
Diorang tahu tak, macamana market kat luar sekarang ni? Petai pun ada orang jual LIVE tau tak..kalau penjual petai tu tunggu 7 hari baru nak pos, apa jadi agaknya petai tu, beli keledek goreng kat pasar malam pun real time transection.
7. Baru kejap tadi 5 September 2023 jam 8.21 malam diorang reply emel, katanya payment yang aku buat pada 29 Ogos 2023, jam 4.01 petang tu dah success dikreditkan dalam akaun minyak kad tu.
Dia punya emel macam aku menang loteri.
Transfer 29 Ogos, 4.01 petang
Dikreditkan 5 September, 8.21 malam
Alhamdulillah, bebetul ikut SOP sebelum 7 hari bekerja
Kalau pelawak buat kelakor, pecah perut gelak. Tapi bila Petronas buat kelako, rasa berdosa tau nak gelak.
8. Apa keistimewaan lain memiliki kad ini?
TIADA.
Macamni punya servis berani korang buat ads ehh, iklan sana sini.. Alahai Petronas Smart Pay, janganlah kasar sangat gurauan awak ni. I love PETRONAS. Please upgrade. Jangan nak buat semua benda sendiri.
Buatlah kerjasama dengan industri, biarlah realistik sikit projek awak tu. Awak syarikat petroleum negara tau.
Ini teguran dan cadangan ya. Bukan kecaman atau niat nak menjatuhkan. Dah tentu aku sayang Petronas. Syarikat milik negara, milik rakyatnya.
Kalau aku tegur dalam emel atau dengan operator hotline pun, aku tau tak jadi apa sebab semua orang selesa dalam tu. Cucuk ada, cucuk ada.
Begitulah…
BACA :