Alasan untuk buat kajian, ustazah ini bercinta dengan ramai suami orang

Alasan untuk buat kajian, ustazah ini bercinta dengan ramai suami orang. Pelajar universiti pastinya sudah biasa dengan kerja-kerja yang memerlukan sesebuah kajian dilakukan. Lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar tahun akhir yang wajib lulus projek tersebut sebagai syarat untuk bergraduasi.

Semasa pemilihan topik projek tahun akhir ataupun sesebuah kajian, pelajar perlu membuat pemilihan yang tepat agar proses kajian dapat dijalankan dengan mudah.

Selain itu, pemilihan topik dan tajuk kajian yang kreatif juga amat penting untuk memastikan hasil kajian itu nanti dapat memberikan input yang baru.

Oleh hal yang demikian, melalui posting di laman sesawang Facebook Viral Muafakat Johor, seorang pelajar jurusan syariah telah berkongsi secara anonymous tentang kajiannya yang sangat berkait rapat dengan isu masa kini.

Kajian yang dijalankan telah menggunakan beberapa suami orang sebagai responden di mana pengkaji perlu bercinta dengan suami orang tersebut selama seminggu dan keluar bersama sebanyak dua kali.

 

Alasan untuk buat kajian, ustazah ini bercinta dengan ramai suami orang

 

Hasil daripada kajian tersebut, 80% daripada respondennya telah jatuh cinta dengannya dan ada yang mengajaknya untuk berkahwin walaupun baru seminggu berkenalan. Pelajar tersebut juga telah menyimpulkan lima punca kecurangan responden (suami):

  • Isteri terlalu sibuk dengan media sosial sehingga lupakan suami.
  • Isteri sudah tidak kelihatan cantik dan tidak terurus.
  • Isteri tidak mahu melayan nafsu batin suami.
  • Isteri sudah tidak hormat pada suami, bercakap dirumah pun “aku kau”.
  • Perempuan di luar yang lebih menggoda.

Melalui hasil kajian, sebenarnya kerjasama daripada kedua-dua pihak suami dan isteri dalam memastikan rumah tangga dalam harmoni adalah penting supaya isu seperti pasangan curang ini dapat dielakkan.

Sumber: https://www.facebook.com/viralmuafakatjohor/posts/3135518460108182

BACA:

Terima gaji RM140 ribu sebulan, lelaki ini dedah bagaimana beliau berbelanja

Kilang kicap terkenal kantoi waktu serbuan, najis tikus jadi perisa tambahan

52 jenis smartphone ini tidak dapat akses ke whatsapp