Aliff Syukri mohon sokongan orang ramai masuk Juara Lagu, “Saya ada suara sedap”

Aliff Syukri mohon sokongan orang ramai masuk Juara Lagu, “Saya ada suara sedap”

Aliff Syukri mohon sokongan orang ramai masuk Juara Lagu, “Saya ada suara sedap”. Meskipun dikecam teruk bukan sahaja oleh netizen malah ditegur oleh artis lain, namun usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri seolah tidak serik untuk meneruskan hasratnya menjadi penyanyi.

Terbaru, perkongsian Aliff menjadi perhatian apabila meminta orang ramai menyokongnya untuk masuk ke pertandingan Anugerah Juara Lagu (AJL).

 

Malah, Aliff berkata anugerah berprestij itu pasti akan tular jika dia tercalon. Aliff turut merayu kepada semua orang supaya menyokongnya masuk ke pertandingan itu serta mengatakan bahawa dia memiliki suara yang sedap.

Aliff Syukri mohon sokongan orang ramai masuk Juara Lagu, "Saya ada suara sedap"

“Tolonglah, bagi saya masuk dekat Anugerah Juara Lagu, confirm (pasti) viral. Tolong ya, saya ada suara yang sedap. Tolong sokong saya masuk Anugerah Juara Lagu. Tolong, saya merayu,” katanya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan komen sindiran mengatakan mereka tidak sanggup melihat usahawan itu bertanding kerana pasti akan kalah.

Tidak kurang juga, ada yang bertanyakan bagaimana Aliff boleh begitu yakin sekali sehingga mengatakan dia memiliki suara yang sedap. Difahamkan, video tersebut sudah pun dipadam oleh Aliff selepas beberapa jam dimuat naik di aplikasi TikTok.

BACA:

Muhyiddin mahu kembali jadi PM melalui ‘khemah besar’, dedah Mukhriz

Ramai yang kutuk Najib tu pun perasuah besar, dedah Anwar