Alya Iman ditahan di wad

Alya Iman ditahan di wad

Pelakon dan model Alya Iman dimasukkan ke wad sebuah pusat perubatan di ibu negara selepas disahkan mengalami demam denggi semalam.

Khabar duka berkenaan dimaklumkan oleh anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu dalam satu hantaran InstaStorynya malam tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Senafas Rindu itu memberitahu dia sudah mengalami gejala lemah badan sejak seminggu lalu, namun tidak menduga dirinya dijangkiti virus daripada nyamuk Aedes.

Alya memaklumkan khadar duka tersebut menerusi satu perkongsian InstaStorynya malam tadi.

“Sekarang ini saya perlu kuarantin diri sama ada kurang atau lebih 48 jam sementara menunggu keputusan ujian calitan Covid-19 memandangkan saya perlu ditahan di wad selepas disahkan demam denggi.

“Persoalan tentang mengapa badan terlalu lemah sejak seminggu lalu sudah terjawab,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Nur Alya Iman Azmil, 19, itu terharu dengan semua doa yang dititipkan kepadanya.

“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan doa yang telah diberikan kepada saya.

“Mohon doakan untuk saya. Memandangkan saya seorang yang kuat bekerja, saya sudah mula bosan berada di wad hospital,” ujarnya.

Terdahulu, teman lelakinya, Ridhwan Rosli turut memuat naik beberapa keping foto dan video InstaStory memaparkan pelakon itu terbaring di atas katil hospital malam tadi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2020/11/26/alya-iman-ditahan-di-wad-dijangkiti-denggi/

COMMENTS