Ambil pandangan YBM KU LI berkaitan “rasuah politik”- Adly

Ambil pandangan YBM KU LI berkaitan “rasuah politik”- Adly

Mantan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menyeru pimpinan politik dan rakyat mengambil pandangan YBM Tengku Razaleigh Hamzah berkaitan “rasuah politik”.

Menerusi status yang dimuatnaik oleh Adly Zahari dengan menulis;-
” Pandangan YBM Tengku Razaleigh yang perlu kita fikirkan dan bertindak bersama.
“Pandangan umum adalah ‘rasuah politik’ dan wang memusnahkan jiwa negara dan sistem politik kita,”
YBM Tengku Razaleigh Hamzah

#selamatkannegara

(https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2941844399435341&id=2164630037156785)

Ahli Parlimen Gua Musang, YBM Tengku Razaleigh Hamzah mula hangat diperkatakan selepas menghantar surat untuk tidak menyertai perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat kerana keabsahan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dapat ditentukan menerusi surat bertarikh 19 November lalu kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

“Mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan tanpa memastikan sama ada Perdana Menteri dan para Menteri beliau sah atau tidak dalam jawatan akan menjejaskan salah satu prinsip penting Perlembagaan

YBM Tengku Razaleigh turut berpandangan “Ia juga mungkin mengakibatkan penggunaan rasuah politik untuk mengekalkan kuasa dan ini bercanggah dengan Perlembagaan.

“Setelah meneliti perkara ini saya berpendapat bahawa pada hakikatnya ‘rasuah politik’ akan menjahanamkan sistem demokrasi berperlembagaan kita dari dalam tidak ubah seperti ulat yang memusnahkan tunas dan bunga tanpa disedari menurut YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Adly Zahari turut meninggalkan hashtag #selamatkannegara di status yang dimuatnaik oleh beliau.

COMMENTS