Anak tergamak tetak ibu bapa kerana sembang ilmu agama

Anak tergamak tetak ibu bapa kerana sembang ilmu agama

Seorang lelaki tergamak membunuh ibu dan bapanya dengan menetak mangsa bertubi-tubi serta mengelar leher mangsa menggunakan sebilah parang di sebuah rumah di Kampung Kemahang di Benta dekat sini malam semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu ialah seorang lelaki berusia 68 tahun dan isterinya berusia 64 tahun.

Difahamkan mangsa tinggal bersama suspek yang berusia 31 tahun yang merupakan anak bongsu. Suspek tidak bekerja.

BACA JUGA : Adun Telok Mas menyesal sertai ‘Sheraton Move’

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pasangan itu sedang berbual dengan suspek di dalam rumah sebelum ibu suspek masuk ke dalam bilik.

“Suspek terus berborak dengan bapanya mengenai ilmu agama dan ketuhanan sebelum suspek mendakwa nampak mata ayahnya hitam seakan hendak menyerangnya menyebabkan suspek mengambil parang dari dalam bilik dan menetak ayahnya.

“Ibu suspek kemudian cuba membantu suaminya tetapi lelaki itu menyerang ibunya dengan menetak dan menikam di leher dan kepala menyebabkan ibunya melarikan diri keluar dari rumah sebelum rebah berhampiran pagar rumah,”katanya di sini, hari ini.

BACA JUGA : Leka rakam video di tandas lelaki, pemuda ini dicekup orang ramai

Menurut Mohd. Yusri, susulan itu suspek keluar dari rumah mencari ibunya sebelum ditemui dan ditahan oleh orang kampung dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah.

Katanya, penduduk kampung yang bergegas ke rumah suspek mendapati bapa mangsa dalam keadaan terbaring tidak bernyawa di atas lantai rumah manakala ibu mangsa terbaring tidak bernyawa di atas rumput di luar rumah.

Mohd. Yusri memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, suspek yang ditahan oleh orang awam diserahkan kepada pihak polis.

Polis merampas sebilah golok dipercayai digunakan suspek bagi membantu siasatan.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/05/suami-isteri-maut-dibunuh-anak-kandung/?

COMMENTS