Anak Trump positif COVID-19

Anak Trump positif COVID-19

Anak sulung lelaki Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Donald Trump Jr disahkan positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin tanpa sebarang gejala, kata jurucakap pada Jumaat.

“Don disahkan positif awal minggu ini dan menjalani kuarantin sejak keputusan diketahui.

“Beliau benar-benar tidak menunjukkan sebarang gejala setakat ini dan mengikuti semua panduan COVID-19 yang disyorkan secara perubatan,” kata jurucakap itu.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Trump Jr adalah individu terbaharu yang berkaitan dengan Rumah Putih dijangkiti COVID-19 selepas bapanya; isteri presiden, Melania dan anak bongsu lelaki Trump, Barron.

Pada awal Jumaat, Andrew Giuliani, pembantu Rumah Putih yang juga anak peguam peribadi presiden, Rudy Giuliani mengesahkan bahawa beliau juga disahkan positif COVID-19.

Sebelum ini pentadbiran Trump dikritik hebat atas tindak balasnya terhadap pandemik itu, sementara presiden berulang kali meremehkan bahaya virus berkenaan,

Jumlah terkini lebih suku juta kematian dilaporkan di AS

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia/amerika/2020/11/756512/anak-trump-positif-covid-19

COMMENTS