Anda mungkin jumpa emas jika rajin cari di 4 kawasan dalam Malaysia ini

Anda mungkin jumpa emas jika rajin cari di 4 kawasan dalam Malaysia ini

Ini 4 kawasan di Malaysia yang berpotensi jumpa emas.

Daerah Pekan dan kawasan Balok di Pahang serta kawasan Bukit Besi dan Cheneh di Terengganu berpotensi mempunyai sumber mineral emas kerana turut berada di Jalur Emas Ke-4.

Presiden Institut Geologi Malaysia, Abd. Rasid Jaafar berkata, sehubungan itu kajian pengesahan lapangan boleh dilakukan di kawasan itu yang mempunyai potensi yang sama seperti di Lubuk Mandi dan Mersing yang terletak di jalur yang sama.

“Secara ringkasnya, kajian di Jalur Emas 4 pada masa kini masih belum intensif seperti di Jalur Emas 2 dan 3.

“Jadi adalah wajar sekiranya kajian terhadap jalur emas paling hujung ini dapat dilaksanakan dengan lebih komprehensif dari aspek struktur, geokimia, pe­mineralan dan penentuan rizab emas itu sendiri,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan Malaysia bukan sahaja kaya dengan simpanan emas, bauksit, mineral bukan logam dan mine­ral tenaga bernilai hampir RM4.11 trilion, malah masih banyak lagi kawasan sumber galian itu yang berpotensi untuk diteroka di negara ini.

Anda mungkin jumpa emas jika rajin cari di 4 kawasan dalam Malaysia ini

Ini 4 kawasan di Malaysia yang berpotensi jumpa emas

Sumber galian berharga tersebut antaranya masih banyak terdapat di Pahang yang terletak di kawasan jalur-jalur emas yang merentasi arah utara hingga selatan Semenanjung.

Menurut Abd. Rasid, Jalur Emas 4 masih lagi menjadi mi­s­­­­teri walaupun aktiviti perlombongan di Lubuk Mandi dan ‘gold rush’ di Mersing berlaku lebih kurang 10 tahun dahulu.

Katanya, berdasarkan kepada maklumat, emas di kawasan Lubuk Mandi, Terengganu ini bercampur dengan mineral-mi­neral sulfida seperti kalkopirit, arsenopirit dan pirit.

“Secara geologinya Lubuk Mandi didasari batuan klastik gunung berapi dan metasedimen sabak filit serta sedikit batuan berkarbon yang mengalami perejahan dan potongan daik dasit dan telerang kuarza.

“Kawasan ini mengalami sesar ricihan dan pemineralan dalam telerang kuarza dan batuan din­ding yang berlaku di sekitar zon sesar semasa fasa kerapuhan (brittle phase),” ujarnya.

Tonton:

BACA JUGA:

Demi ikan koi RM300K, pemuda sanggup jual tanah

China buat hal lagi, kali ini buat pesawat paling laju di dunia!

Dah lama bercinta online dengan makwe Rusia, sekali bila jumpa ini yang jadi

COMMENTS

Wordpress (0)