Anwar Ibrahim tangga ke 20 Paling Berpengaruh Dunia 2021

Anwar Ibrahim tangga ke 20  Paling Berpengaruh Dunia 2021

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat, KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai sebagai di antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia tahun 2021.

Berdasarkan laman sesawang rasmi The World’s Most Influencial Muslims, Anwar Ibrahim berada di tangga Ke-20 satu tangga lebih tinggi dari bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang berada di tangga ke 21 dalam senarai pemerintah dan ahli politik.
Anwar Ibrahim
Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim tersenarai sebagai 500 muslim paling berpengaruh dunia.
Semakan dalam senarai itu juga mendapati Dr Wan Azizah Ismail yang juga merupakan isteri Anwar Ibrahim turut disenaraikan.
Dr Wan Azizah
Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan berada di tangga pertama, manakala presiden Indonesia Joko Widodo di tangga kelapan.
Dalam senarai yang sama menyaksikan Presiden Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi berada di tangga ke-18 dalam senarai Ilmuan dan Pendakwah.
SumberMILO

 

COMMENTS