Apa motif Padang Rengas dan Machang tarik sokongan kepada PN

Apa motif Padang Rengas dan Machang tarik sokongan kepada PN

Tindakan dua ahli Parlimen UMNO yang menarik sokongan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat mempunyai agenda lain.

Sumber UMNO berkata, pihaknya mempersoalkan motif di sebalik penarikan sokongan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

“Apa motifnya, melainkan ada agenda lain. Agenda mempopularkan diri pada parti yang akar umbi tidak minat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Jadi sengaja buat macam itu walaupun perkara ini memberikan kerosakan kepada parti.

“Atau penarikan diri ini atas arahan mana-mana individu. Yang jelas ia bukan arahan atau keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT). Itu jelas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pada Khamis minggu lalu, media melaporkan tiga usul utama dibangkitkan UMNO Bahagian iaitu mempertahankan Muafakat Nasional (MN), memutuskan hubungan dengan Bersatu sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan menggesa PRU dibuat sebelum berakhir suku pertama tahun ini.

Sabtu lalu, Ahmad Jazlan mengumumkan keputusanya menarik diri daripada menyokong kerajaan PN berkuat kuasa serta merta, diikuti oleh Nazri pada Selasa.

Sementara iti, sumber UMNO itu berkata, kedua-dua ahli Parlimen berkenaan sepatutnya dikenakan tindakan disiplin kerana tindakan mereka bukan perkara baik dan juga bukan keputusan parti.

“Ketidakmampuan kepimpinan UMNO untuk mengambil tindakan menunjukkan sama ada mereka sengaja nak membiarkan perkara ini berlaku iaitu ‘baling batu sembunyi tangan’ atau tak ada ‘control of party’ (kawalan parti),” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/118956/BERITA/Politik/Penarikan-diri-dua-ahli-Parlimen-UMNO-dilihat-punya-agenda

COMMENTS