“Apa sudah jadi?” Noh Salleh ‘catwalk’ sambil pegang rokok

“Apa sudah jadi?” Noh Salleh ‘catwalk’ sambil pegang rokok

“Apa sudah jadi?” Noh Salleh ‘catwalk’ sambil pegang rokok. Penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh mencuri tumpuan ramai apabila tampil berani berjalan di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) sambil memegang sebatang rokok.

Difahamkan, penyanyi berusia 37 tahun itu mewakili satu jenama yang gah dan telah menggayakan persalinan serba hitam dan berkaca mata.

Rokok yang dipegang penyanyi itu bagaimanapun tidak dibakar. Dia hanya dilihat berjalan santai sambil memegangnya sebelum meletakkan rokok itu di mulut.

Dipercayai membawa imej ‘bad boy’, penampilan Noh itu bagaimanapun tidak disenangi segelintir netizen. Netizen berpendapat rokok itu tidak perlu memandangkan imej yang dibawanya sudah cukup stylo.

"Apa sudah jadi?" Noh Salleh 'catwalk' sambil pegang rokok

@budieychannelNoh Hujan buat penampilan di Show Super Sunday di KLFW2022. Ala ala bad bois gitu.♬ original sound – onefaridzuan

BACA:

Ini 3 teknik untuk elak duit tiba-tiba hilang dari akaun CIMB

Didakwa terlibat skandal LCS, Timbalan Menteri jawab Rafizi