Apa yang perlu dibuat jika digigit haiwan? Ikuti Langkah ini. DIGIGIT anjing atau haiwan peliharaan lain bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang ringan kerana terdapat risiko besar yang mungkin berlaku kepada mangsa.
Individu yang digigit anjing dijangkiti virus rabies boleh mengakibatkan dijangkiti penyakit anjing gila kepada manusia.
Beberapa hari pertama, mungkin tiada tanda-tanda serius ke atas mangsa yang digigit.
Ini kerana virus rabies hanya berada di sekitar luka gigitan dan belum memasuki saluran darah dan menyerang sistem saraf.
Selepas beberapa hari barulah virus itu merebak dan menunjukkan tanda serius. Pada peringkat awal, individu yang digigit itu tidak menunjukkan sebarang tanda bahaya dan luka gigitan hanya akan menunjukkan tanda bengkak serta kemerahan.
Seseorang yang digigit anjing atau binatang peliharaan lain, dinasihatkan untuk ambil langkah terbabit:
1. Basuh luka gigitan dengan sabun dan air selama 10 minit dan sapukan ubat antiseptik seperti ubat kuning Flavin. Balut luka itu dengan pembalut yang bersih.
2. Segera bawa ke klinik atau jabatan kecemasan berhampiran.
3. Memberitahu pihak berkuasa seperti majlis perbandaran dan Jabatan Kesihatan Negeri bagi membantu mencari anjing atau haiwan itu kerana haiwan itu selalunya akan ditangkap dan dikurung untuk pemerhatian bagi melihat tanda penyakit rabies.
4. Jika pemilik anjing atau haiwan yang menggigit itu diketahui mohon kerjasama pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat mengenai haiwan itu termasuk status vaksin dan nama pemilik serta alamat.
5. Pembasuh luka dengan sempurna akan menghalang virus memasuki saluran darah. Jangan panik dan pastikan luka sudah dicuci sehingga bersih sebelum ke klinik atau hospital berhampiran.
BACA JUGA:
Kedudukan Gagasan Rakyat belum tentu kukuh walaupun 5 ADUN UMNO melompat masuk