Artis terkenal Thailand Tangmo Nida masih hidup? Video wanita ini cetus persoalan
KES kematian aktres, Tangmo Nida menjadi bualan ramai. Hal ini disebabkan oleh terlalu banyak perkara yang menimbulkan syak seolah-olah ia jenayah dan bukan disebabkan lemas.
Semalam, pengurusnya, Idsarin Gatick didapati memberikan kenyataan bercanggah daripada saksi lain.
Manakala ibunya, Panida Siriyuthayothin membuat tindakan mengejutkan orang ramai dengan menerima permohonan maaf serta pampasan bernilai RM3.8 juta daripada pemilik bot.
Terbaru, sebuah video yang memaparkan seorang wanita didakwa dirasuki roh Tangmo Nida viral di laman sosial TikTok.
Video berdurasi 1 minit 15 saat memaparkan seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri memberikan beberapa petanda kedudukan jasad pelakon itu.
Wanita berkenaan dilihat menjawab beberapa soalan yang sedang diajukan oleh individu lain.
“Tolong Mo, Mo sejuk. Mo sejuk. Mo sudah tidak tahan.
“Mo ada di jambatan (berhampiran). Mo tenggelam. Sesiapa sahaja, tolong Mo,” katanya.
Dalam pada itu, wanita yang dirasuk itu turut memberitahu punca Tang Mo berada di situ.
@rawangtang หญิงชาวศรีสะเกษอ้างวิญญาณแตงโมนิดาเข้าสิงบอกว่าผมอยู่ใต้สะพาน #แตงโมนิดา #สะพานพระราม7#กู้ภัยเร่งช่วยชีวิต ♬ เสียงต้นฉบับ – ระ-หว่าง-ทาง
“Mereka tangkap saya, mereka tenggelamkan saya. Mereka tak bagi Mo naik. Mereka tangkap Mo. Tolong!” jeritnya.
Selain itu, wanita dirasuk itu turut ditanya sama ada Tangmo Nida masih bernyawa ketika itu. Bagaimanapun dia memberitahu aktres itu sudah meninggal dunia.
“Mo sudah mati. Tolong Mo,sesiapa sahaja tolong Mo. Mo dah tak larat.
“Ayah, emak, tolong, Phi Baht,” rayu wanita itu.
Menerusi tinjauan SinarPlus, video yang dimuat naik di TikTok @Rawangtang itu menerima 12.1 juta tontonan.
Selain video roh Tangmo, video yang memaparkan detik-detik jasad Tangmo ditemui turut tular. Menerusi video berkenaan, jasad pelakon itu ditemui terapung di bawah jambatan.
Direkodkan, Tangmo terjatuh ke dalam sungai pada 11 malam Khamis lalu ketika menaiki bot laju di Sungai Chao Phraya bersama-sama empat rakannya dari Krung Thon Bridge ke Rama VII Bridge.
Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh kira-kira 38 jam selepas kejadian.
Manakala saksi mendakwa dia duduk di bahagian paling belakang di dalam bot berkenaan sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.
Dengan luka pada paha dan rekod panggilan telefon saksi didapati menghubungi orang ternama pada malam kejadian, kes ini mempunyai petunjuk yang menimbulkan pelbagai persoalan.
Polis berkata pengampunan ibunya kepada dua suspek semalam tidak akan memberi kesan kepada kes itu.
Semoga kes ini dapat diselesaikan dalam tempoh 60 hari seperti yang dijanjikan pihak berkuasa Thailand dan pesalah diseret ke muka pengadilan.
Berita lain:
Ini cara sebenar buka “cable tie” tanpa pakai gunting
Tips jimat minyak kereta yang ramai tidak tahu
Isteri sudah ‘menopous’, pakcik ini terdesak rogol jiranya sendiri