Atlet bina badan kantoi ‘curangi’ isterinya dengan bekas abu rokok

Atlet bina badan kantoi ‘curangi’ isterinya dengan bekas abu rokok

Seorang lelaki berumur 36 tahun yang pernah berkahwin dengan sebuah patung wanita kini mengaku jatuh cinta pandang pertama dengan sebuah bekas abu rokok gergasi, lapor akhbar The Sun semalam.

Perbuatan ‘curang’ itu menyebabkan rumahtangga Yuri Tolochko berantakan.

Tolochko berkahwin dengan patung dinamakan Margo dalam satu upacara tradisional di hadapan berpuluh-puluh tetamu pada November 2020.

BACA JUGA : Gempar!!! Bekas PM ditahan lagi atas tuduhan rasuah RM69 juta

Dia mendakwa pertama kali berkenalan dengan Margo di sebuah kelab malam. Pasangan itu dijadualkan berkahwin pada Mac tahun lalu sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia.

Menurutnya kepada akhbar Daily Star, majlis perkahwinan itu ditangguhkan buat kali kedua selepas dia diserang di sebuah perhimpunan transgender di bandar raya Almaty, Kazakhstan pada 31 Oktober 2020 sebelum akhirnya berkahwin dengan Margo.

Bagaimanapun, ahli bina badan dari Kazakhstan itu kembali mendedahkan di laman Instagram bahawa dia kini menjalin hubungan cinta dengan bekas abu rokok.

“Saya fikir, saya telah jatuh cinta sekali lagi,” katanya bersama hantaran gambar dia memeluk bekas abu rokok gergasi itu.

“Saya berjanji akan memberitahu anda mengenai objek ini,” tambahnya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/02/ahli-bina-badan-curangi-isteri-jatuh-cinta-dengan-bekas-abu-rokok/

COMMENTS