Awas! 4 produk ini ada jenama halal tapi ada unsur babi

Awas! 4 produk ini ada jenama halal tapi ada unsur babi

Awas! 4 produk ini ada jenama halal tapi ada unsur babi. ekurang-kurangnya terdapat empat produk makanan import dengan logo halal dari luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) didakwa mempunyai gelatin babi. Kehadiran unsur babi itu dikesan selepas sebuah makmal ujikaji makanan swasta yang mengambil sampel 100 produk di pasaran terbuka untuk diuji kemungkinan ia mempunyai bahan yang tidak halal

kecoh dalam kalangan pengguna media sosial apabila dikhabarkan ada satu jenama gula-gula yang mengandungi unsur babi tetapi mempunyai tanda halal pada pembungkus.

Menerusi ciapan yang dihantar oleh sebuah akaun di sebuah Twitter itu, kelihatan ‘gelatin babi’ tercetak dalam senarai bahan-bahan selain bahan-bahan lain yang biasa digunakan bagi pembuatan gula-gula.

Hal ini bukan sahaja mengejutkan, malah membuatkan netizen tertanya-tanya, bagaimanakah gula-gula tersebut boleh dijual di pasaran.

Lebih membimbangkan, gula-gula berkenaan juga dijual dengan terbuka di sebuah platform beli-belah online.

Menerusi ruangan balas, kelihatan netizen berbincang mengenai perkara berkenaan dan mencadangkan supaya laporan kepada pihak berwajib dibuat.

Awas! 4 produk ini ada jenama halal tapi ada unsur babi

“Kena check logo tu. Logo halal itu bukan logo yang diiktiraf oleh Jakim. Nampak sangat mereka letak sahaja logo di situ. Buat laporan,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan Gempak di laman Facebook Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), satu kenyataan tentang gula-gula tersebut telah dikeluarkan.

Menerusi kenyataan berkenaan, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh Jakim. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.

BACA:

Netizen teruja Jep buka cerita cara ngorat Sari Yanti dulu

Rupanya paling eksklusif di dunia, Buggati Chiron TMJ jadi perhatian