Azmin sedih tinggalkan pejabat Miti

Azmin sedih tinggalkan pejabat Miti

Saya berbesar hati dapat berkhidmat dengan MITI dan negara tercinta”.

Itu pesanan ringkas yang dimuat naik di Facebook Story, Datuk Seri Azmin Ali sebentar tadi berkenaan jawatannya dalam Kabinet selepas peletakan jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Gombak itu sebelum ini memegang portfolio sebagai Menteri Kanan (Industri) dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun jawatannya kini didakwa sudah berakhir setelah kerajaan PN terbubar apabila Yang di-Pertuan Agong menerima surat perletakan jawatan Perdana Menteri hari ini.

Sumber : https://www.kosmo.com.my/2021/08/16/bangga-dapat-berkhidmat-azmin-ali/

COMMENTS