Azwan Ali tempelak Azmin ” Kau Makan Gaji Beribu-Ribu Sedap Buat Arahan” ‘

Azwan Ali tempelak Azmin ” Kau Makan Gaji Beribu-Ribu Sedap Buat Arahan” ‘

Pengacara popular Azwan Ali terus mengkritik abangnya secara terbuka di media sosial.

Terkenal dengan jolokan Diva AA, Azwan menegur tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Azwan mempersoalkan tindakan Mohamed Azmin merentas negeri untuk melakukan kerja kebajikan di Pengerang, Johor.

“Kau telan gaji ribu-ribu menggelupur sampai ke Pengerang. Buat apa cuci masjid di situ?” soalnya menerusi sebuah video dimuatnaik di media sosial, semalam.

Semalam, Mohamed Azmin berkunjung ke Kampung Bukit Raja Darat bagi melakukan kerja gotong-royong.

Pada kunjungan itu, Mohamed Azmin mengakui kunjungannya ke Pengerang telah mendapat kebenaran dan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Terdahulu, Azwan turut mempersoalkan langkah kerajaan mengarahkan perniagaan termasuk restoran ditutup pada jam lapan malam.

Katanya, ia bukan sahaja merugikan peniaga malah menyusahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan.

“Tengok pakat bungkus perniagaan masing-masing 8 malam diarah tutup. Tidak suka. Orang hendak berniagakan.

“Untung berapa sen sangat tetapi sekarang semua sudah ditutup. Kau makan gaji beribu-ribu sedap buat arahan.

“Lepas itu menggelupur hendak kaji semula. Covid-19 sudah setahun hendak kaji apa? Orang berapa sen untung, kau baru hendak pertimbangkan,” katanya lagi.

Sumber:https://www.karteldakwah.com/55452-2/

COMMENTS